PalestinSemasa

Tentera israel memusnahkan masjid di Hebron

HEBRON: Pasukan penceroboh israel telah merobohkan sebuah masjid yang menjadi tempat ibadah umat Islam Palestin di kejiranan Khallet Taha, barat daya Hebron terkini dilaporkan.

Tentera israel menyerbu daerah Khallet Taha serta merobohkan masjid yang memiliki keluasan 100 meter persegi itu dengan menggunakan senjata api dan jentera berat.

Dalam pada itu, Kementerian Wakaf Palestin mengesahkan tentera israel telah menghancurkan Masjid Rasulullah di Hebron.

Tambahnya, masjid ini dibina di Khallet Taha untuk penduduk di sana yang tidak mempunyai masjid lain di kawasan itu.

Selain itu, tentera israel juga mengancam untuk menjajah kawasan kejiranan berkenaan bagi mengambil alih sekitar 3000 dunum tanah rakyat Palestin dan mengembangkan penempatan haram.

Israel selama ini berusaha menduduki tanah persendirian itu yang berkeluasan 3,000 kilometer persegi, dimiliki oleh rakyat Palestin.

Turut dilaporkan, pendudukan israel juga telah menceroboh kawasan Masjid Ibrahimi di Kota Lama Hebron.

Dalam pada itu, Pengarah Wakaf Hebron, Nidal al-Jabari memaklumkan tentera israel juga akan meneruskan pembinaan lif dan laluan pelancong di lokasi masjid.

Pengarah masjid, Ghassan Rajabi, menolak keras kerja pembinaan dan menganggapnya sebagai pelanggaran hak dan tindakan keganasan.

Bandar Hebron merupakan kawasan penempatan untuk 160,000 warga Palestin dan dianggarkan 800 tentera israel yang terkenal dengan sikap agresif juga tinggal di kawasan itu.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button