Gaza : Tentera Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Gaza sebagai tindak balas kepada serangan lebih 2,000 roket yang dilepaskan dari Semenanjung Gaza.
Beratus-ratus penduduk meninggalkan rumah mereka di timur Gaza untuk berpindah dari sempadan dengan Israel.
Lelaki, wanita dan kanak-kanak dilihat membawa selimut dan makanan ketika mereka melarikan diri, kebanyakannya di bahagian timur laut wilayah itu.
Ketegangan terbaru terjadi akibat keganasan oleh tentera Israel ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat, yang merupakan sebahagian daripada wilayah yang diduduki secara haram oleh Israel, dan Semenanjung Gaza yang disekat.
Ia juga berlaku pada masa pergolakan politik di Israel, mengenai langkah untuk merombak badan kehakiman.
SUMBER : AL JAZEERA