KemanusiaanPalestinSemasa

Tentera israel bunuh warga Palestin yang dituduh melemparkan Molotov

Pihak berkuasa israel menahan mayat lelaki tersebut, penduduk Ramallah mogok untuk memberikan penghormatan.

RAMALLAH: Tentera israel telah menembak dan membunuh sekurang-kurangnya seorang lelaki Palestin di Tebing Barat.

Muhammad Rumaneh dari kem pelarian Amari di bandar Ramallah, Tebing Barat, telah dibunuh pada Jumaat lewat, kematiannya menyebabkan mogok berlansung pada hari Sabtu.

Tentera israel melaporkan bahawa Rumaneh dan seorang lelaki lain melemparkan Molotov ke arah pos tentera berdekatan dengan Ramallah. Keadaan lelaki Palestin yang lain tidak jelas.

“Tentera yang sedang menjalankan aktiviti rutin di tempat kejadian mengenal pasti suspek-suspek tersebut dan bertindak balas dengan tembakan,” kata tentera itu.

Mengikut laporan agensi berita Palestin Wafa, tentera israel menembak ke arah kereta kedua-dua individu tersebut.

Bulan Sabit Merah Palestin mengatakan tentera israel tidak membenarkan ambulans mereka mendekati kedua-dua individu tersebut selepas mereka ditembak, dan Rumaneh kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya, dilaporkan oleh Wafa.

Pihak berkuasa israel menahan mayatnya. Oleh kerana tidak dapat mengadakan upacara pengebumian bagi lelaki muda itu, penduduk Ramallah telah mengadakan mogok am sebagai tanda penghormatan kepadanya.

SUMBER: ALJAZEERA

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button