DuniaPalestin

Tumpuan ke Baitulmaqdis 5:30 petang ini waktu tempatan, `Flag March’ Israel berarak melalui Aqsa

Kerajaan baru Bennett bagi lampu hijau di sebalik amaran Ha mas

BAITULMAQDIS: Hari ini semua mata tertumpu di Aqsa. Sehari selepas dinoktahkan mengemudi kerajaan haram Israel, pimpinan Presiden Neftali Bennett, memberi lampu hijau kepada puak nasionalis Yahudi untuk mengadakan perarakan kontroversi melalui Baitulmaqdis Timur.

Kebenaran diberi untuk perarakan `Flag March’ yang dijadualkan berlangsung, hari ini, jam 5:30 petang waktu tempatan, meskipun timbul kebimbangan akan ketegangan tercetus semula dengan Palestin.

Kumpulan berkenaan dikatakan akan melalui Pintu Damsyik dan kemudian bergerak ke satu pertiga perkarangan kota suci al Quds. The Isarel link mengeluarkan peta perarakan.

Polis Israel sudah pun memasang kawat penghadang serta meletakkan halangan di sekitar perkarangan Masjidil Aqsa untuk mengelakkan sebarang tidak diingini berlaku. 2,000 anggota polis Israel juga telah dikerah ke kawasan berkenaan.

“Polis sudah bersiap siaga dan kami akan melakukan segala yang ada dalam kuasa kami untuk memelihara ‘garis halus’ kewujudan bersama,” – Pejabat Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Omer Bar-Lev.

Menurut agensi Shehab, Penyelaras puak kumpulan konvoi perarakan berkenaan kini sedang menunggu masa untuk menggerakkan lebih ramai penyertaan orang, di sebalik amaran keras yang telah dikeluarkan Ha mas.

Sebelum ini, perarakan itu dijadualkan berlangsung pada Khamis lalu, namun ditunda susulan bantahan polis Israel terhadap laluan terbabit serta amaran daripada kumpulan Islam Palestin, Hamas.

“Hak untuk demonstrasi adalah hak dalam semua demokrasi,” kata Bar-Lev yang membarisi pentadbiran baharu Israel selepas pengundian di Parlimen, kelmarin.
Ha mas dalams atu kenyataan berkata perarakan itu hanya menyalakan obor pertempuran semula, di sebalik gencatan senjata yang rapuh pada 21 Mei lalu.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, mengecam perarakan itu yang disifatkan sebagai provokasi.

“Kami memberi amaran kesan bahaya mungkin tercetus akibat niat kuasa penjajah membenarkan pelampau Israel mengadakan perarakan ‘Flag March’ di Baitulmaqdis yang diduduki,” ciapnya dalam bahasa Inggeris.

Shtayyeh turut menegaskan, ia adalah ‘suatu tindakan provokasi serta pencerobohan terhadap rakyat Palestin dan Baitulmaqdis serta kesuciannya, yang mesti dihentikan.’

اللهم إنا نستودعك المسجد الأقصى وأهله، يا من لا تضيع الودائع عنده،

“Ya Allah kami serahkan kepadaMu perlindungan Masjidil Aqsa dan ahlinya. Wahai yang tidak hilang barang amanah di sisiNya.”

******

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button