JENIN: Tentera laknatullah israel telah membunuh sekurang-kurangnya 9 rakyat Palestin dan mencederakan 20 yang lain dalam serbuan ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang dicerobohi pada Khamis.
Menurut laporan Pegawai Palestin, seorang wanita warga emas adalah antara yang maut dalam serbuan terbaru sejak israel mempergiatkan operasi pencerobohan bermula tahun lalu.
Kenyataan tentera israel berbohong kononnya tenteranya melakukan serbuan menentang keganasan untuk menangkap ‘skuad pengganas’ milik kumpulan bersenjata Jihad Islam.
Jihad Islam berikrar memerangi tentera israel ketika mereka melakukan serbuan luar kebiasaan menceroboh ke dalam kem pelarian Jenin.
With unprecedented scenes since 2002; footage documenting the massive destruction caused by the lsraeli occupation forces this morning in Jenin in a large-scale military raid during which 9 Palestinians were killed. pic.twitter.com/V2vm7YDXby
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 26, 2023
Angka kematian kali ini adalah yang tertinggi di Jenin sejak beberapa tahun, menarik tindak balas daripada kumpulan itu bahawa gencatan senjatanya dengan israel selepas pertempuran singkat merentasi sempadan israel dengan Semenanjung Gaza tahun lalu, mungkin berada dalam bahaya.
Semasa serbuan, pemuda tempatan hanya mampu bertindak membaling batu ke arah kenderaan tentera dari pintu masuk ke lorong sempit kem itu.
Ketika tentera israel berundur dan asap serta gas pemedih mata surut, orang awam berpusu-pusu masuk ke kem untuk memeriksa mangsa. Sebuah bangunan dua tingkat yang menjadi tumpuan pertempuran telah rosak teruk.
lsraeli occupation forces raid Jenin Government Hospital and fire tear gas bombs suffocating patients, including women and children. pic.twitter.com/wfjyzaxrSt
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 26, 2023
Pakar perubatan berkata keadaan di kem pelarian adalah kritikal dan pihak tentera israel menghalang ambulans daripada mereka membantu mangsa yang cedera.
Jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel semasa serbuan di Tebing Barat dan menduduki Baitulmaqdis Timur pada Januari telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk lima kanak-kanak bawah umur. Sekurang-kurangnya 15 daripada mereka yang terbunuh adalah dari Jenin. Lebih 170 rakyat Palestin terbunuh dalam serbuan sedemikian pada 2022, kebanyakannya orang awam.
GRAPHIC FOOTAGE: Medical crews evacuate a Palestinian child shot and severely injured by Israeli forces during a military raid in Jenin refugee camp.#جنين pic.twitter.com/215ZCAuabA
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) January 26, 2023
BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia