DuniaSemasa

Tentera Amerika mengaku bunuh 22 orang awam di Afghanistan & Syria

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat mengakui telah membunuh seramai 22 orang awam di Afghanistan dan Syria dalam operasi ketenteraannya sepanjang tahun lepas.

Menurut Pentagon, secara keseluruhan pada tahun 2021, tentera AS telah membunuh 12 orang awam dan lima yang lain cedera di Afghanistan, lapor Al-Jazeera.

“Jabatan Pertahanan AS mendapat laporan bahawa 12 orang awam terbunuh dan kira-kira 5 orang awam cedera ketika operasi ketenteraan AS,” tulis kenyataan dalam laporan yang dikeluarkan pada Selasa, yang mana ia perlu dilaporkan kepada kongres pada setiap tahun sejak 2018.

Terdahulu, pada tahun lepas Pentagon mengeluarkan kenyataan media mengakui bertanggungjawab ke atas kematian 10 ahli keluarga yang sama, termasuk 7 anak keluarga berkenaan, semasa pengunduran AS dalam keadaan  huru-hara dari Afghanistan pada akhir Ogos 2021.

Dokumen awam menyatakan bahawa seorang orang awam terbunuh dalam serangan AS pada 8 Januari tahun ini di Herat, dan seorang lagi pada 11 Ogos di Kandahar, sementara dua orang awam turut cedera pada 18 Januari di Kandahar.

Menurut pangkalan data Marc W. Herold, Dossier on Civil Victims of United States’ Victims of Aerial Bombing, antara 3,100 dan 3,600 orang awam di Agfhanistan terbunuh serta-merta dalam pengeboman Operasi Enduring Freedom AS dan serangan Pasukan Khas AS antara 7 Oktober 2001, dan 3 Jun 2003.

Selain itu, tentera AS mengaku telah mencederakan tiga orang awam pada 1 Januari lalu dalam serangan di Qunyo Barrow, Somalia.

Kenderaan Perisai Infantri M2A2 Bradley mengiringi konvoi bekalan AS di wilayah Hasaka, Syria (foto arkib twitter tahun 2020)

Pentagon juga menilai semula jumlahnya dari tahun 2018 hingga 2020, mengakui bahawa 10 lagi mati dan 18 cedera, semuanya di Syria adalah disebabkan operasi ketenteraan AS.

Badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerap menerbitkan penilaian yang lebih tinggi tentang kematian dan kecederaan akibat serangan tentera AS di zon konflik.

Organisasi Airwars, yang menyenaraikan mangsa awam serangan udara di seluruh dunia, menganggarkan dalam laporan tahunannya yang diterbitkan pada Mei tahun ini bahawa antara 15 hingga 27 orang awam telah terbunuh dalam operasi ketenteraan AS di Syria.

Pada Januari 2022, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin menggesa pihak tentera berusaha untuk mengelakkan serangan udara agar tidak membabitkan orang awam, selepas beberapa kesilapan yang telah mencemarkan reputasi tentera negara itu.

“Melindungi orang awam adalah keperluan strategik dan moral,” tegas Austin dalam memo kepada rantaian perintah ketenteraan.


MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button