Tanah suspek tokan dadah disita
Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih
KUALA TERENGGANU: Tujuh lot tanah di beberapa kawasan di Terengganu berjumlah RM4.3 juta telah disita oleh polis kerana dipercayai dimiliki secara haram.
Ketua Polis Negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata tanah itu disita selepas polis berjaya memberkas dua orang suspek yang dipercayai merupakan tokan dan merampas dadah jenis kanabis sebanyak 541.18 gram dan syabu 46.7 gram pada 9 Disember 2020.
“Siasatan kewangan telah dijalankan terhadap dua suspek tersebut oleh Jabatan Siasatan Jenanyah Narkotik Terengganu, Bahagian Rampasan Aset namun tiada rampasan dilakukan.
“Kemudian, apabila jejakan aset dilakukan melalui bank dan institusi kewangan, suspek tersebut memegang beberapa tanah yang diperolehi melalui transaksi yang mencurigakan,” katanya dalam sebuah keterangan.
Salah satu tanah yang dirampas berukuran 9,105 kotak persegi meter dibina dengan 10 chalet di Batu Rakit, Kuala Nerus yang dianggarkan berjumlah RM900,000 sementara tanah lain berada di Kemaman, Dungun dan Marang.
“Kontinjen Jabatan Siasatan Jenanyah Narkotik Polis Terengganu akan terus menjejak aset-aset penyeludup dadah dan memastikan keuntungan mereka akan digantung oleh kerajaan Malaysia,” katanya.
-AGENSI