Semasa

Tanah runtuh di Norway – 10 hilang, mayat ke-7 ditemui

Operasi menyelamat masih lagi diteruskan

OSLO : [VIDEO] Pihak berkuasa masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 mangsa yang hilang termasuk dua kanak-kanak, selepas sebuah kediaman yang musnah akibat tanah runtuh di Norway.

Seluruh lereng bukit runtuh dekat sebuah kampung di Ask, kira-kira 25 kilometer (km) di timur laut ibu kota Oslo runtuh Selasa lalu, sekali gus memaksa operasi pemindahan sekitar 1,000 penduduk.

Beberapa kediaman ditimbuni lumpur sehingga terbelah dua (video) dan ada kediaman terjerumus dalam kawah yang terhasil akibat tanah runtuh termasuk beberapa struktur itu diheret sehingga ke tepi lereng.

Menurut BBC.com,  pasukan penyelamat telah menemui tujuh mayat semalam, namun tiga lagi masih belum ditemui.

Antara yang ditemui di celah runtuhan kediaman, termasuk seorang bayi berusia dua tahun dan bapanya.

Jurucakap polis, Bjorn Christian Willersrud, berkata pihaknya menaruh harapan untuk menemui lebih ramai mangsa yang terselamat di lokasi kejadian itu.

“Ia masih operasi menyelamat sehingga kita putuskan sebaliknya,” – Bjorn Christian Willersrud/Jurucakap Polis

Ketua operasi menyelamat, Goran Syversen, semalam berkata seluruh anggota pasukan bekerja bertungkus-lumus, meskipun berdepan tekanan emosi susulan kejadian yang berlaku.

Berdasarkan maklumat polis, jasad mangsa terbaharu ditemui berdekatan dengan lokasi dua mayat sebelum ini, namun tidak memberikan perincian lanjut.

Pasukan penyelamat yang dibantu anjing pengesan, khidmat helikopter dan dron, sehingga kini sudah menemui tiga mayat semalam, satu pada Sabtu dan tiga lagi, Jumaat lalu.

Lima daripada mangsa yang terselamat sudah dikenal pasti, termasuk seorang perempuan dalam lingkungan usia 50-an dan anak lelaki, 29, selain seorang lelaki, berumur 40 tahun dan bayinya berusia dua tahun.

Mangsa pertama yang berjaya diselamatkan pada Jumaat lalu ialah lelaki berusia 31 tahun.

Menurut penduduk Ask, mereka mula memanggil panggilan kecemasan pada jam 4:00 pagi waktu tempatan (Rabu 30Dis) selepas mendapati rumah mereka bergerak.

Salah seorang saksi, Oeystein Gjerdrum, 68, sebelum runtuhan berlaku, terdapat dua gegaran yang disangka penduduk kerja-kerja pembersihan salji.

Memetik akhabr Jerman dw.com, Perdana Menteri Erna Solberg, menyifatkan kejadian itu sebagai yang terburuk dalam sejarah negaranya.

Pakar kaji alam memberitahu bencana itu dipercayai berpunca daripada runtuhan tanah liat yang pantas yang berukuran 2624 x 984 kaki. ( 800 x 300 meter)

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button