Semasa

Taliban memberi keutamaan syariat Islam yang syumul, pemilik kedai akur arahan demi syariat

KABUL : Atas dasar hukum patung yang berbentuk manusia bercanggah dengan undang-undang Islam, Taliban didakwa mengarahkan pemilik kedai di barat Afghanistan bagi memotong kepala patung.

Menurut AFP, rakaman video menunjukkan seorang lelaki memotong kepala patung di dalam sebuah kedai di Herat yang menjadi tular di media sosial.

Ketua Kementerian Pembangunan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat Herat, Aziz Rahman, mengesahkan perkara itu kepada AFP bahawa sesetengah peniaga cuba melangggar larangan itu dengan menutup kepala patung itu dengan selendang atau beg, tetapi Aziz mendakwa ia tidak mencukupi.

“Malaikat tidak akan memasuki perniagaan atau rumah dan memberkati mereka jika mereka hanya menutup kepala mereka atau menyembunyikan keseluruhan patung itu,” tambahnya.

Walaupun perintah itu menimbulkan kemarahan beberapa peruncit di metropolis yang mempunyai 600,000 rakyat itu, masih ramai yang menyokong usaha pihak Taliban dengan baik.

“Seperti yang anda lihat, kepala patung itu telah pun terputus.

“Apabila tiada boneka pakaian, bagaimana anda mengharapkan kami menjual produk kami? Pelanggan suka apabila pakaian itu disarungkan dengan betul pada patung,” kata seorang penjual pakaian, Basheer Ahmed, sambil menambah setiap boneka berharga sekitar AS$50 (kira-kira RM210).

Taliban menjanjikan kerajaan yang lebih lembut selepas memperoleh semula kuasa pada 15 Ogos, berbanding tempoh pemerintahan sebelum ini dari 1996 hingga 2001.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button