Semasa

Taklik Cerai Kerana Politik Tanda Kerosakan yang Sangat Parah

Bangi : MAPIM telah melahirkan kekesalan teramat sangat apabila ada ditular pihak yang menyatakan cerai talak tiga ke atas isteri jika PM dan Kerajaan Perpaduan sekarang ini tidak jatuh sehingga Ogos tahun ini.

Ini adalah politik ekstrem tahap tinggi. Fanatik politik sehingga ketahap memutuskan hubungan suami isteri menandakan politik negara ini menuju ke arah kekacauan yang parah.

Mempergadaikan hubungan keluarga atas perkembangan politik menunjukkan kematangan politik yang sangat rendah.

Kami berpandangan individu berkenaan telah menerima indoktrinasi politik melampau akibat pemimpin politik pembangkang menanamkan persepsi di luar kerangka demokrasi yang matang. Individu tersebut menjadi mangsa kepada kempen yang agresif, menanam kebencian keterlaluan untuk menjatuhkan kerajaan melalui label dan mengguna sentimen perkauman dan agama.

Parti politik pembangkang amat gelojoh untuk merebut kuasa dengan kaedah matlamat menghalalkan cara. Sentimen kebencian melampau sanggup memporak perandakan masyarakat hingga ketahap merosakkan institusi keluarga.

Malangnya pemimpin politik pembangkang sanggup mengelirukan masyarakat sehingga wujud kes penceraian seperti yang dilakukan oleh individu itu, hanya kerana politik sempit.

Sikap ini sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dibiar tanpa ditegur oleh ahli agamawan.

Nampaknya bukan sekadar label melabel dan mengkafir orang lain kini kembali meniadi gejala buruk yang semakin berleluasa, kini lafaz cerai begitu mudah dikaitkan dengan kefanatikan politik.

Ternyata kedudukan institusi keluarga dan akad antara suami dan isteri yang sangat suci di sisi Islam kini boleh terlerai hanya kerana fahaman politik yang sangat rendah.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Related Articles

Back to top button