PalestinSemasa

Tentera israel mencuri wang $25 juta dan artifak dari Palestin

Tentera Israel telah merompak kira-kira $25 juta wang dan artifak dari Gaza sejak 7 Oktober.

Pejabat Media Gaza berkata pada hari Sabtu ia menerima berpuluh-puluh laporan penduduk Gaza tentang kecurian wang, emas, dan artifak dianggarkan 90 juta shekel dalam tempoh 92 hari lalu oleh tentera pendudukan Israel.

Ia berkata kecurian berlaku dalam pelbagai cara, seperti di pusat pemeriksaan Israel.

Contohnya di Jalan Salah al Din, tentera Israel mencuri beg yang mengandungi harta benda berharga seperti wang, emas dan artifak daripada orang yang telah berpindah dari utara Gaza ke selatan.

Di samping itu, tentera Israel melakukan pecah rumah penduduk yang berpindah.

“(Tentera Israel) mengambil gambar cenderahati dan klip video untuk jenayah ini, sebahagian daripadanya disiarkan di akaun media sosial mereka, seperti yang berlaku di bandar Beit Lahia di utara Gaza,” kata pejabat media.

Setakat ini belum ada sebarang komen daripada pihak berkuasa Israel mengenai dakwaan itu.

SUMBER: AFP

 

Related Articles

Back to top button