DuniaPalestin

Israel bakal bina hampir 4,500 unit rumah penempatan haram lagi di Tebing Barat

BAITULMAQDIS : Israel bakal meneruskan langkah untuk menambah 4,427 unit rumah lagi untuk memperluas penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Menurut laporan Middle East Eye, kelulusan akhir bagi pembinaan 2,791 unit rumah dan pengesahan awal bagi 1,636 unit lagi diberikan oleh jawatankuasa perancangan tinggi Pentadbiran Awam.

“Pnambahan pendudukan tersebut menyukarkan lagi usaha mencapai keamanan pada masa depan,” kata Hagit Ofran daripada Peace Now, sebuah pertubuhan yang memantai perkara tersebut.

Langkah peluasan pendudukan oleh Israel berlaku di kala ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat, sehari selepas wartawan veteran Al Jazeera, Shireen Abu Akleh maut ditembak ketika dalam serbuan di kem pelarian Jenin.

Semalam, jurucakap Kementerian Luar Jordan, Haitham Abu Al-Ful, membidas rancangan baharu itu sebagai ‘pelanggaran nyata’ terhadap undang-undang antarabangsa.

“Tindakan unilateral Israel seperti membina serta memperluaskan penempatan, merampas tanah dan memindahkan rakyat Palestin adalah haram, tidak sah, ditolak serta dikesali,” katanya.

Pelan perumahan itu melibatkan sebuah kawasan luas di Tebing Barat dikenali sebagai Kawasan C di mana Israel melaksanakan kawalan perancangan dan ketenteraan.

Untuk rekod, Israel merampas Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur daripada Jordan pada 1967.

Sejak itu, hampir 700,000 Zionis itu telah berpindah ke penempatan berkenaan yang disifatkan sebagai haram oleh sebahagian besar komuniti antarabangsa.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button