PalestinSemasa

Malaysia komited sokong perjuangan Palestin, meterai empat MOU perkukuh hubungan

KUALA LUMPUR : Malaysia tetap akan terus mendokong perjuangan dan hak Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pendirian Malaysia sejak sekian lama tidak sama sekali menyokong Israel di mana-mana pertubuhan antarabangsa sehingga Palestin mendapat hak mereka sebagai negara berdaulat.

“Malaysia turut menyokong proses perdamaian Israel dan Palestin serta penamatan pendudukan Israel di wilayah Palestin yang diduduki,” katanya dalam satu kenyataan sempena pertemuan dua hala dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Perhimpunan Agung ke-77 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Dalam pada itu, hubungan dua hala antara Malaysia-Palestin ditingkatkan dengan termeterainya 4 memorandum persefahaman melibatkan penubuhan mesyuarat jawatankuasa bersama serta memperkukuh kerjasama dalam bidang kesihatan, pelancongan dan hal ehwal Islam.

“Malaysia mengalu-alukan rakyat Palestin untuk menyambung pelajaran di Malaysia dalam bidang-bidang penting yang dapat membantu pembangunan semula Palestin.

“Sehingga kini, terdapat 800 pelajar Palestin di universiti terkemuka di Malaysia dan mereka meneruskan pelajaran dalam pelbagai bidang termasuk teknikal dan kejuruteraan,” katanya lagi.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button