Covid19Semasa

Kes lebih 200,000 sehari, India laksana perintah berkurung seminggu

Katil hospital, tangki oksigen habis

NEW DELHI :  Dalam tempoh 24 jam, India melaporkan sebanyak 259, 170 jangkitan kes baharu. Manakala 1, 71 kes maut berdasarkan data yang diperolehi daripada Kementerian Kesatuan Kesihatan.
Angka terbaru itu menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 15,321,089 kes di negara itu. Kes aktif ialah sebanyak 2,031,977 dan jumlah pesakit pulih ialah 13,108,582 kes.
Menjangkau angka 200,000 kes bagi kes maut akibat jangkitan COVID-19 kerajaan India melaksanakan perintah berkurung selama seminggu selepas sistem kesihatannya mencapai tahap kritikal dengan kesemua katil hospital dan tangki oksigen habis digunakan, lapor akhbar Arab News.

Semalam, India mencatat peningkatan kes positif Covid-19 yang di luar jangkaan apabila 273,810 disahkan dijangkiti wabak maut itu.

Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal menyifatkan situasi itu sangat kritikal sambil menambah bahawa perintah berkurung adalah satu-satunya pilihan yang ada untuk mengelakkan bencana yang lebih besar.

“Sistem kesihatan Delhi berada di titik pengakhiran. Saya tidak akan mengatakan ia sudah runtuh tetapi keadaan sekarang sangat kritikal.” – Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal

“Saya selalu membangkang arahan perintah berkurung tetapi ini akan mengurangkan kadar transmisi wabak dan memberi kita waktu untuk meningkatkan infrastruktur kita. Tempoh seminggu perintah berkurung ini akan digunakan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan kita,” katanya dalam satu sidang media di saluran televisyen tempatan.

Beliau turut memaklumkan telah memohon bantuan daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi bagi mengelakkan krisis lebih serius di negeri itu.

Selain New Delhi, Mumbai juga turut dikenakan perintah berkurung sejak minggu lalu dan ia dijangka berlarutan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak. – Agensi

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button