Semasa

146 penduduk Palestin cedera bertempur dengan dengan tentera Israel

demi maruah bangsa

BEITA : Seramai 146 orang Palestin cedera pada Jumaat (23/7/2021) ketika bertempur dengan tentara Israel di desa Beita, Tebing Barat.

Pertempuran tercetus akibat bantahan terhadap penempatan haram Israel.

Sementara itu tentara Israel mengatakan, dua tentera mereka cedera ringan dalam pertempuran tersebut.

Ratusan warga Palestin berkumpul di Beita, yang terletak di utara Tebing Barat yang diduduki Israel, bagi membantah penempatan haram di Eviatar, kata seorang koresponden AFP.

Daerah itu sering berlakunya tunjuk perasaan menentang perluasan penempatan di tanah Palestin.

Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan, 146 warga Palestin cedera akibat pertempuran itu, termasuk sembilan akibat peluru tajam, 34 oleh peluru getah, dan 87 akibat gas pemedih mata.

Pendatang haram Yahudi membangun rumah simen sederhana dan khemah hanya dalam masa beberapa minggu.

Pembangunan tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan Israel, sehingga memicu bantahan sengit warga Palestin yang berkeras mengatakan rumah-rumah itu dibangun di tanah mereka.

Hasil kesepakatan yang dicapai dengan pemerintahan baru Perdana Menteri Naftali Bennett, pendatang haram meninggalkan kawasan itu pada 2 Julai, sementara bangunan yang mereka bangun tetap di bawah kawalan tentera.

Kementerian Pertahanan Israel memberitahu, akan mengkaji daerah itu untuk menilai adhaka di bawah undang-undang Israel boleh diisytiharkan sebagai tanah negara.

Sekiranya itu terjadi, Israel dapat mengizinkan sekolah agama bagi dibangunkan di Eviatar, dengan tempat tinggal untuk staf dan pelajarnya.

Sekitar 475.000 pemukim Yahudi sekarang tinggal di Tepi Barat, yang diduduki Israel sejak 1967.

— KOMPAS

Related Articles

Back to top button