Covid19Semasa

Had jemaah masjid di PPN Fasa 3 dibenarkan separuh kapasiti – JAWI

KUALA LUMPUR : Selaras dengan situasi terkini Pelan Pemulihan Negara Berfasa (PPN), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mewujudkan ketetapan baharu had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di kawasan PPN Fasa 3 (Labuan) yang berkuat kuasa bermula hari ini.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata bilangan jemaah bagi solat Jumaat di semua Masjid Zon, Masjid Kariah, surau Jumaat dan surau diberi kebenaran khas untuk mendirikan solat Jumaat dibenarkan hanya separuh daripada kapsiti sebenar.

“Manakala, bilangan solat fardu dibenarkan separuh kapasiti dewan solat utama.

“Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran separuh kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sementara itu, bagi masjid di kawasan PPN Fasa 1 iaitu di Kuala Lumpur dan Putrajaya, had bilangan jemaah menghadiri solat Jumaat, solat Fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau adalah kekal sebagaimana ketetapan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, tazkirah sebelum solat Jumaat dibenarkan tidak melebihi 30 minit.

Mengulas lanjut, semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dengan memberi keutamaan kepada jemaah yang lengkap divaksin.

“Semoga umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 ini segera berakhir.” ulas beliau.

Oleh  Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button