KerohanianSemasa

Tadabbur alam bersama Persatuan Falak Syar’i Malaysia

Kini masyarakat berpeluang melihat fenomena alam lebih dekat

KAJANG :  Keindahan ciptaan alam semesta ini merupakan salah satu tanda kebesaran Allah  SWT, penciptaan  seperti matahari dan bulan, kejadian siang dan malam  bukti kuasa-Nya yang tiada tandingan.

Oleh itu, Persatuan Falak Syar’i Malaysia membuka peluang untuk semua masyarakat mendalami juga merasai sendiri pengalaman melihat  pelbagai fenomena alam yang ada.

 

Persatuan Falak Syar’i Malaysia   (PSFM) mula ditubuhkan pada 7 Oktober 1983 bersamaan 1 Muharram 1404 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh anak murid Allahyarham Ustaz Mohd Khair Taib.

Sejak tahun 1983,  PSFM   menyediakan ruang untuk pelajar UKM dan orang ramai yang berminat menimba ilmu astronomi  menjalani kursus selama enam bulan  atau seminggu sekali  mengikut kelapangan masa individu.

Merujuk pada kenyataan Wakil Bahagian Pengurusan Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ustaz Haji Hardi Mohd Sadali, terdapat 29 buah lokasi balai cerapan di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Ustaz Haji Hardi Mohd Sadali ketika ditemui UmmahToday

Di negeri Selangor terdapat tiga tempat cerapan utama iaitu Bukit Jugra, Bukit Melawati dan Balai Cerap Selangor.

Pada hujung bulan Syaaban (12 April 2021),  PSFM dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor mengadakan aktiviti cerapan anak bulan Ramadan di Bukit Jugra dan 28 balai cerapan di negeri lain secara serentak.

Orang ramai dibenarkan berkunjung ke setiap balai cerapan berdekatan untuk melihat proses cerapan .

Tambah Ustaz Hardi, orang ramai yang hadir pada sesi cerapan itu  akan diberi taklimat dan didedahkan cara pengunaan  teleskop  dan bagaimana untuk menentukan kedudukan anak bulan.

Taklimat disampaikan oleh Ustaz Hardi kepada Mufti Selangor, Exco Agma Selangor ketika melihat anak bulan 12 April lalu.

Justeru, rakyat Malaysia digalakkan untuk menyertai apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Falak Syar’i Malaysia dan amati keindahan ciptaan Allah SWT.

Sesungguhnya kebesaran Sang Pencipta seharusnya dihayati untuk menjadikan kita insan yang lebih bersyukur.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button