PETALING JAYA – Syed Food Industry Sdn Bhd telah menyumbang sebanyak 300 pek makanan sedia dimakan dan tahan lama (ready-to-eat) berupa nasi briyani kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sebagai usaha sama dalam pengedaran makanan kepada keluarga di bawah kumpulan B40 yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Menurut Pengerusi Syed Group, Datuk Syed Jamarulkhan Kadir, beliau menyatakan kebimbangan tentang kelangsungan hidup keluarga yang berada dibawah B40 ekoran daripada penularan wabak COVID-19.
“Ini kerana ada diantara mereka yang melakukan kerja dengan gaji harian. Dengan perintah berkurung yang diarahkan kerajaan, kita bayangkan akan ramai yang berhadapan dengan kesukaran kewangan dan terputus bekalan isi rumah yang diperlukan untuk jangka masa 14 hari. Justeru bantuan ‘makanan sedia untuk dimakan’ berupa Nasi Briyani ini boleh dijadikan sebagai food security untuk dimakan pada bila-bila masa tanpa perlu dimasak. Ini kerana ia dapat bertahan selama dua tahun dari tarikh pengilangan,” ulas beliau.
Tambahnya lagi, Syed Food Industry membuat kerjasama dengan MAPIM Malaysia atas dasar kepercayaan yang telah dibina melalui beberapa program Misi bantuan kemanusiaan yang pernah diusahakan bersama sebelum ini.
Syed Food Industry bukan pertama kali menyerahkan bantuan serupa ini kepada MAPIM Malaysia untuk diedarkan. Kami pernah menyerahkan bantuan untuk petugas lapangan kemanusiaan ke Palu dan Gaza tempoh hari kepada MAPIM Malaysia. Ini kerana kami sangat yakin MAPIM Malaysia dalam melakukan hal-hal kebajikan dan kemanusiaan ini.
– Datuk Syed Jamarulkhan Kadir
Dalam pada itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan turut menyeru kepada masyarakat yang prihatin terutamanya dari golongan yang lebih berkemampuan agar dapat menghulurkan sumbangan berupa makanan ready to eat sebegini kepada kumpulan fakir miskin di samping menyimpan stok di rumah bagi kegunaan di waktu-waktu kecemasan bagi menjamin food security semua pihak. Beliau menyarankan masyarakat agar mendapatkannya melalui Malakat Mall, kompleks membeli-belah berkonsepkan Muslim pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Fadzil Hashim, Pengasas kumpulan Brainy Bunch International Montessori.
Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby menyatakan penghargaannya kepada Syed Food Industri yang sentiasa ke hadapan dalam membantu mereka yang berada di dalam kesusahan tidak kira di dalam atau luar negara. Makanan ready-to-eat yang disumbangkan akan diedarkan dari semasa ke semasa bukan sahaja untuk keluarga B40 malah wira-wira barisan hadapan yang sedang berkhidmat dalam usaha merawat dan mengekang wabak virus corona ini daripada terus menular.
Beliau turut memuji usahawan Bumiputera Muslim yang mengambil peluang ini untuk berbuat kebaikkan menginfaq barangan serta sumbangan kewangan. Inilah masanya untuk kita semua satu hati bantu semua yang memerlukan tanpa berkira-kira manfaat yang diperolehi sesuai dengan saranan yang dituntut oleh Islam untuk saling bantu membantu – tambah beliau lagi.
-
Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan COVID19
MAPIM Malaysia juga mengalu-alukan sumbangan wang ringgit dan barangan stok makanan seperti beras, sardin, roti, tepung,dan lainnya untuk dapat diagihkan kepada fakir miskin serta golongan yang sangat memerlukan saat-saat begini.MAPIM Malaysia menjemput rakyat Malaysia yang prihatin dan ingin menyalurkan sumbangan untuk Tabung Bantuan Kemanusiaan COVID19 ini bolehlah infaq online menerusi www.bantuummah.com atau infaq menerusi akaun Tabung Kemanusiaan MAPIM (Maybank 562263540066)
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi aplikasi whataaps seperti berikut:
- Kapten Bersekutu (PA) Haji Faris Hussain
www.wasap.my/60136323652 - Mejar Bersekutu (PA) Zuhanis Zainol
www.wasap.my/60192890298Â
- Kapten Bersekutu (PA) Haji Faris Hussain