Semasa

Lima juta ringgit untuk pembinaan ‘ban’ di Segamat – Perdana Menteri

Segamat : Banjir di Segamat pada tahun ini telah menjadikannya daerah di Johor yang paling terjejas akibat bencana itu. Keadaan itu mengundang Perdana Menteri Dato’ Ismail Sabri sendiri turun bagi mengunjungi kawasan banjir tersebut.

Semasa di sana, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah memberi penerangan kepada perdana menteri bahawa ‘ban’ baru perlu dibina supaya paras apungan air boleh dinaikkan. Untuk keperluan itu, kerajaan pusat telah meluluskan kos sebanyak RM5 juta bagi pembinaan ‘ban’ bagi mengurangkan risiko banjir pada masa hadapan.

Jelas Dato’ Ismail Sabri, “Untuk penyelesaian jangka panjang, kita akan membuat perancangan supaya walaupun belanjanya besar tetapi kita mesti menyelesaikan isu berkaitan banjir ini secara menyeluruh. Fokus kita adalah di kawasan kawasan yang mudah berisiko tinggi untuk banjir contohnya di Johor ini Segamat akan banjir dulu jadi kita selesaikan di Segamat dulu. Begitu juga di negeri-negeri lain.”

Penduduk Segamat menyambut baik rancangan kerajaan pusat dan berharap projek itu dapat dilaksanakan dengan segera.

– UmmahToday

Related Articles

Back to top button