DomestikSemasa

Suki Wong, lambang semangat Keluarga Malaysia

Sempena Hari Malaysia

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

Bangi : Sambutan hari Malaysia tahun ini lebih bermakna untuk Suki Wong. Semalam dia dan ayahnya dikunjungi oleh MAPIM untuk kali ketiga.

Kisah tentang Suki juga telah menarik rakan-rakan Tiong Hua MAPIM, iaitu selebriti TV Syafiq Liow, dermawan Puan Amy Chang dan Wong Mong Lan bagi bersama-sama mengunjungi Suki dan ayahnya.

Suki Wong adalah anak berumur sembilan tahun yang baru kehilangan ibu tercinta, dan kini beliau menjaga pula ayahnya yang lumpuh sebelah tubuhnya dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.

Akibat kesukaran hidup, Suki masih tidak bersekolah dan dahulu dia diajar sendiri oleh mendiang ibunya. Dalam pertemuan itu, Suki menunjukkan kebolehannya menyanyi apa sahaja jenis lagu, dari Kantonis, Mandarin, English, sehingga ke lagu Upin dan Ipin.

Semua itu dibuat di ruang tamu rumahnya yang sempit, di tingkat atas sebuah rumah kedai. Rumah yang punyai dua bilik dan semua itu dikemas juga diuruskan oleh Suki sendiri.

Menurut Mejar Zulhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM yang mengetuai pasukan MAPIM semalam,

Mejar Bersekutu (PA) Zukhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia

“Kunjungan kali ketiga ini adalah bagi mencari penyelesaian bagi masalah pendidikan Suki. Kita boleh beri duit, boleh beri makanan, tetapi yang merunsingkan kami adalah pendidikan Suki itu sendiri. Itulah yang kami usahakan dengan meminta bantuan JKM dan membawa rakan-rakan yang mungkin ada penyelesaian dengan masalah Suki.”

Dimaklumkan oleh Encik Wong, ayah Suki, pihak JKM sudah datang ke rumah mereka Isnin lepas bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Manakala Puan Wong Mong Lan pula pula memberikan komitmen untuk membantu Suki bagi belajar dalam kelas online dengan sebuah pusat tuisyen.

Suki adalah seorang anak yang aktif dan disayangi oleh komuniti di tempat beliau tinggal. Sekiranya membeli barang dan makanan untuk ayahnya, para peniaga yang terdiri daripada Melayu, Cina dan Indonesia akan memberikan harga yang istimewa untuk Suki.

Suki juga mempunyai seorang kawan bernama Aisyah yang tinggal di seberang jalan. Dia akan menjerit nama Aisyah dan berhubung dengan cara itu.

“Saya sudah kata, jangan jerit-jerit nanti orang marah. Tapi dia buat juga. Mungkin sebab dia kecil, orang tak marah dia,” kata Encik Wong mengenai rakan anaknya itu.

Apabila ditanya tentang cita-cita, Suki segera menjawab, “Saya mahu jadi pegawai.”

“Pegawai apa?” tanya pegawai MAPIM. Suki hanya tersenyum.

Menurut ayahnya, dia mahu jadi pegawai kerana cita-cita Aisyah juga mahu jadi pegawai. Didoakan semoga cita-cita Suki akan tercapai pada masa hadapan.

Dalam kunjungan kali ketiga ini, MAPIM sekali lagi menghulurkan sumbangan makanan dan juga wang ringgit kepada Encik Wong. Tuan Syafiq Liow pula selain memberikan sumbangan wang ringgit, beliau juga mengambil masa berbual-bual dengan Suki dan Encik Wong, memberikan mereka motivasi dan kata-kata semangat.

Sepanjang kehadiran MAPIM dan rakan-rakan, keletah Suki sangat menghiburkan, dan memberikan kerjasama yang baik apabila diminta menyanyi dan menunjukkan bagaimana dia menjaga ayahnya. Sempena hari Malaysia ini, Suki Wong adalah contoh bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa bersatu bagi membantunya, dan merayakan semangat sebuah – Keluarga Malaysia.

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button