Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
PARIS: Keadaan cuaca yang tidak menentu dengan peningkatan suhu terlalu tinggi bukan sahaja mengundang risiko kepada pekerja pertanian, namun perkara ini turut mengancam bekalan makanan global menjelang tahun 2045.
Perubahan iklim yang sedang berlaku telah mencetuskan gelombang haba serta cuaca melampau di seluruh dunia dengan musim panas dari India ke Eropah pada tahun ini dijangka akan memberi kesan kepada hasil tanaman.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh syarikat Verisk Maplecroft mendapati tekanan haba telah menyebabkan risiko melampau di 20 puluh negara pertanian termasuk India.
Menurut Ketua Iklim dan Daya Tahan Verisk Maplecroft, Will Nichols, peningkatan haba ini dijangka menular ke 64 negara lain menjelang tahun 2045, mewakili 71% rantaian bekalan makanan global, termasuk China, India, Brazil dan Amerika Syarikat (AS).
Hal ini secara tidak langsung memberi kesan kepada hasil tanaman di negara beriklim sederhana.
Menurut kajian itu, tanaman padi, koko dan tomato adalah yang paling terkesan dengan peningkatan haba di seluruh dunia.
Set data tekanan haba oleh syarikat itu diperoleh menggunakan maklumat suhu daripada Pejabat Meteorologi United Kingdom (UK), dengan penilaian risiko dilaksanakan di negara di seluruh dunia.
Ia berdasarkan senario terburuk yang mendorong kepada peningkatan suhu sebanyak dua darjah Celsius melebihi kadar pra industri seawal tahun 2045.
Bagaimanapun, penyelidik menekankan bahawa berdasarkan unjuran semasa, walaupun seluruh dunia mempertingkatkan usaha mengurangkan pelepasan karbon, suhu global akan tetap meningkat sekitar dua darjah Celsius.
Sembilan daripada 10 negara dijangka terkesan pada 2045 adalah di Afrika, dengan pengeluar koko kedua terbesar iaitu Ghana, Togo dan Republik Afrika Tengah merekodkan penilaian terburuk.
Sebanyak 20 negara lain yang dijangka berdepan risiko sama termasuk pengeluar beras, Kemboja, Thailand dan Vietnam apabila ada pesawah di Vietnam sudah mula bekerja pada waktu malam bagi mengelakkan cuaca panas.
Manakala negara ekonomi utama dunia seperti AS dan China turut menyaksikan risiko terhadap pertanian pada tahun berkenaan, walaupun kesannya hanya membabitkan beberapa daerah.
Di Eropah, tujuh daripada 10 negara turut berdepan risiko serupa.
“Walaupun ramai daripada kita duduk di negara Barat, di mana kita mungkin fikir kita lebih terlindung daripada beberapa ancaman ini, sebenarnya tidak seperti itu.
“Kedua-dua bentuk risiko fizikal yang dihadapi termasuk kesan kejatuhan akibat rantaian bekalan,” kata Nichols.