Suhu Arab Saudi menurun, kawasan utara terima salji tebal
Kesan perubahan iklim dunia - Pakar cuaca
ARAB SAUDI : Suhu sejuk melampau dilaporkan melanda beberapa bahagian Arab Saudi, sehingga mencecah dua darjah Celcius.
Suhu di bandar Riyadh, mencapai 14 darjah Celcius manakala di beberapa tempat pula suhu menurun kepada negatif dua darjah Celcius.
Wialyah Tabuk di barat laut negara itu mencapai tujuh darjah selsius dan Jeddah pula pada 21 darjah selsius sekitar minggu ini.
Akibat suhu yang menurun ke paras dua darjah Celcius, sepanjang Januari ini.
Beberapa kawasan di Gurun Sahara, dilitupi salji berikutan cuaca sejuk yang berlangsung kini.
Salji dilaporkan melanda wilayah Asir bersempadan dengan Yaman pada 10 Januari lalu.
Tabuk yang berada di kawasan utara Arab Saudi berhampiran Jordan, dilitupi salji, namun pada kali ini suhunya menurun berbanding sebelumnya.
Seorang jurugambar, Karim Bouchetta merakamkan gambar salji di bandar kecil di kawasan pergunungan Atlas, Sahara yang menunjukkan beberapa ekor unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada negatif tiga darjah Celsius.
menurut the sun daily , salji juga melitupi beberapa kawasan gurun di Algeria, antaranya di Ain Sefra, pada minggu ini.
Dikenali sebagai “The Gateway to the Desert” — Ain Sefra berada 3,280 kaki dari paras laut, dan dikellilingi Pergunungan Atlas.
AccuWeather ahli kaji cuaca kanan, Eric Leister, berkata adalah sangat jarang untuk kawasan di rantau itu menerima salji, namun fenomena itu dipercayai disebabkan kesan perubahan iklim dunia.
Arab Saudi pernah dilanda musim sejuk melampau selama lebih sebulan seperti lazimnya pada tahun 2018.