Dunia

Sri Lanka bayar hutang minyak Iran dengan teh

COLOMBO : Sri Lanka merancang membayar hutang import minyak dari Iran dengan teh, kata seorang menteri kerajaan yang dipetik BBC.

Ramesh Pathirana mengatakan negaranya berharap dapat mengirim teh bernilai 5 juta dollar AS ke Iran setiap bulan bagi melunaskan hutang 251 juta dollar AS.

Sri Lanka mengalami krisis hutang dan tukaran mata wang asing yang lemah, yang diburukkan dengan hilangnya pendapatan daripada industri pelancongan selama pandemik virus corona.

Seorang anggota dewan teh negara itu memberitahu ini adalah pertama kalinya teh dibarter bagi melunaskan hutang luar negara. Pathirana mengatakan kaedah pembayaran tidak akan melanggar peraturan PBB atau Amerika, kerana teh dikategorikan sebagai makanan atas dasar kemanusiaan. Bank Iran yang disenarai hitamkan juga tak akan terlibat.

“Kami berharap dapat mengirim teh bernilai 5 juta dollar AS setiap bulan bagi membayar Iran atas pembelian minyak yang tertunda sejak empat tahun terakhir,” katanya kepada Reuters.

Kementerian Pertanian mengatakan bahawa skema yang dicadangkan akan menjimatkan mata wang asing yang sangat diperlukan Sri Lanka.

“Penyelesaian (hutang) ke Iran akan dilakukan dalam rupee Sri Lanka melalui penjualan Teh Ceylon,” tambahnya.

Namun, juru cakap Persatuan Pertanian Ceylon, yang mencakup semua perusahaan pertanian besar di Sri Lanka, mengatakan kaedah transaksi ini adalah penyelesaian yang indah khabar dari rupa.

“Itu belum tentu menguntungkan pengekport kerana kami akan dibayar dalam rupee, menghindari pasar bebas, dan tidak memberikan nilai nyata bagi kami,” tambah Roshan Rajadurai.

Sri Lanka dilaporkan memerlukan sekitar 4,5 bilion dollar AS dalam pembayaran hutang tahun depan. Ini dimulai dengan pembayaran obligasi negara antrabangsa berjumlah 500 juta dollar pada Januari.

Namun, defisit negara itu menyusut menjadi 1,6 bilion dollar AS pada akhir November, menurut data terbaru dari bank pusat.

Gubernur Bank Sentral Ajith Nivard Cabraal mengatakan awal bulan ini bahawa Sri Lanka yakin dapat membayar semua hutang negara pada 2022. Sri Lanka menghasilkan sekitar 340 juta kilogram teh setiap tahun. Tahun lalu mengeksport 265,5 juta kilogram, dengan pendapatan 1,24 bilion dollar AS pada 2020.

– Kompas

Related Articles

Back to top button