DuniaSemasa

Malaysia hantar pasukan kedua SMART ke Turkiye

Putrajaya: Kerajaan Malaysia menghantar kumpulan kedua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye, pada Rabu malam, bagi membantu operasi di negara yang terjejas dengan gempa bumi awal pagi Isnin lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia membabitkan seramai 70 anggota iaitu masing-masing 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau berkata, ia susulan keberkesanan pasukan pertama yang dihantar pada malam Isnin lalu.

“Pasukan yang pertama dilihat sangat berkesan dan pihak Turkiye minta supaya bantuan ditambah,” katanya pada sidang media di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Penerbangan pasukan kedua ini akan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat penerbangan Turkish Airlines.

Sementara itu, kerajaan akan menyalurkan sumbangan wang bernilai lebih AS$2juta kepada kerajaan Turkiye dan rakyat Syria.

Perdana Menteri berkata, sumbangan kepada rakyat Syria yang terjejas akan disalurkan melalui Pertubuhan Palang Merah.

Sumbangan itu membabitkan masing-masing AS$1juta dari Kerajaan Persekutuan dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail manakala RM1juta dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pada masa sama, Anwar berkata, Kementerian Pertahanan sedang membuat persediaan pasukan doktor dan paramedik serta kelengkapan bagi membuka hospital medan jika khidmat mereka diperlukan di kawasan terjejas gempa bumi itu.

Gegaran yang menyebabkan puluhan bangunan musnah itu turut dirasai di wilayah lain termasuk Diyarbakir dan Gaziantep serta negara jiran termasuk Lubnan dan Syria.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button