SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), merampas sosej daging babi yang cuba dibawa masuk oleh seorang wanita warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 26 Mac lalu.
Dalam kenyataan media MAQIS Selangor berkata, pemeriksaan bagasi dilakukan pada jam 3 petang dan wanita itu ditahan
“Pihak MAQIS menemukan sosej seberat 10 kilogram (kg) bernilai RM350 dalam bagasi wanita berkenaan.
“Beberapa sampel telah diambil daripada sosej daging babi tersebut bagi diuji di Makmal Kesihatan Awam Veterinar (MKAV) dan hasil ujian mendapati sosej itu positif untuk pengesanan penyakit African Swine Fever (ASF).
“Prosedur ujian ini dilakukan bagi mencegah penularan wabak penyakit dan dikhuatiri jika tidak dikawal boleh menyebabkan industri ternakan babi negara terjejas,” katanya pada Rabu.
Tambah kenyataan itu, kesemua sosej yang dirampas akan dilupuskan mengikut Prosedur Operasi Piawaian yang telah ditetapkan.
-Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today