DuniaKerohanianSemasa

Solat Subuh lewat 45 minit di Masjid Nabawi, Pengarah dipecat

Jadual tugas baharu - 2 imam, 3 muazzin bertugas setiap solat fardu

MADINAH :  Kelewatan lebih setengah jam solat Subuh pada Rabu (9 Jun) di Masjid Nabawi, menyebabkan pengarah Jabatan Imam dan Muazzinnya dipecat kerana gagal menggantikan seseorang untuk mengimami solat.

Dalam satu hantaran di laman Facebook Haramain, kenyataan dikeluarkan oleh Presiden Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al Sudais  membuat tindakan itu setelah solat Subuh terlewat lebih 45 minit di antara azan dan iqamah.

Lanjutan daripada itu, Jabatan Imam dan Muazzin di Masjid Nabawi dan MasjidilHaram harus menjadualkan dua orang imam bagi setiap solat fardu bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.

Seorang imam untuk solat dan seorang lagi sebagai simpanan bagi sebarang kejadian tidak diingini. Manakala bagi muazzin pula dijadualkan tiga orang bagi setiap fardu solat.

“Oleh sebab kelewatan solat Subuh hari ini (Rabu) melebihi 45 minit di antara Azan dan Iqaamah, Pengarah Jabatan Imam dan Muazzin dihentikan daripada tugasnya. Bergerak ke hadapan, setiap waktu solat, akan ada seorang imam mengimami solat, dan seorang lagi sebagai simpanan. Manakala bagi muazzin, seorang akan melaungkan azan, seorang lagi Iqaamah dan seorang lagi sebagai simpanan. ” – Presiden Masjid Nabawi dan Masjidil Haram / Sheikh Abdul Rahman Al Sudais

Setakat ini, tidak dinyatakan mengapa berlaku kelewatan itu, namun Haramain Sharafain di laman twitternya cuma mengatakan kelewatan berlaku disebabkan seorang imam mengalami aral dan tidak dapat melakukan tugasnya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button