GAZIANTEP: Pasukan Mencari & Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah berjaya menemukan 5 mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan jenis apartmen 6 tingkat di Nurdagi lebih kurang jam 2 petang tadi (waktu tempatan).
Sebelum itu, mereka mendapat maklumat terdapat 6 mangsa yang terperangkap.
Setelah hampir satu jam menggunakan peralatan khas, pasukan SMART berjaya mengeluarkan 3 wanita dan 2 lelaki yang masih hidup selepas lebih kurang enam hari tertimbus.
Kesemua 5 mangsa tersebut telah dihantar ke hospital.
Pasukan SMART sedang meneruskan operasi untuk mengesan mangsa ke-6 menggunakan peralatan kamera iRis.
Pasukan SMART NADMA memulakan operasi misi mencari & menyelamat (SAR) selepas tiba di Turkiye 2 hari lalu.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, operasi SAR yang diketuai oleh Komander SMART, Mohd. Khairul Jamil itu di mulakan di Nurdagi, Gaziantep.