DuniaSemasa

Seorang maut, 12 cedera tembakan rambang di AS

WASHINGTON : Seorang penembak melepaskan beberapa das tembakan di sebuah pasar raya mengakibatkan seorang maut dan 12 lagi cedera di Memphis, Tennessee pada Khamis, kata polis

Bagaimanapun, penembak itu dipercayai seorang lelaki kemudian menembak diri sendiri yang mengakibatkan dia juga terbunuh di sebuah pasar raya di Collierville, pinggir bandar Memphis.

Menurut Ketua Polis Collierville, Dale Lane kepada pemberita, beberapa mangsa yang ditembak oleh penembak itu mengalami kecederaan yang serius.

Beliau berkata, ketika kejadian, orang ramai didapati bersembuyi sama ada di dalam peti sejuk, di atas bumbung dan di dalam pejabat yang berkunci.

Namun, beliau tidak menyatakan sama ada penembak itu ialah seorang pekerja di pasar raya tersebut.

Beliau juga tidak memberitahu jenis senjata yang digunakan oleh penembak tersebut.

Terdapat 44 pekerja pasar raya tersebut dan Lane tidak mengetahui jumlah pelanggan yang sedang membeli-belah ketika itu.

Kejadian tembakan rambang di kawasan terbuka kini merupakan satu masalah besar yang berlaku di Amerika Syarikat.

AGENSI

 

 

Related Articles

Back to top button