SINGAPURA 24 Mac : 17 hari menjelang Ramadan Singapura kini membuka semula semua masjid sempena kedatangan bulan dituntut semua umat Islam berpuasa.
Bagaimanapun jemaah yang menghadiri masjid itu perlu mematuhi SOP serta mengamalkan penjarakan fizikal ketika berkunjung ke masjid.
Sementara itu, Majlis Ugama Islam Singapura, MUIS, mengesahkan masjid boleh menjalani ibadah Terawih dan aktiviti Ramadan yang lain di samping mengekalkan peraturan kesihatan di kala pandemik masih berleluasa.
Kira-kira 252,000 ruang solat disediakan di kepada umat Islam di seluruh Singapura untuk menunaikan solat Tarawih, tahun ini.
Bagaimanapun, amalan berbuka puasa beramai-ramai di masjid, mengerjakan solat Tarawih di celah blok kediaman atau ruang terbuka yang lain dan bersahur di masjid tidak dibenarkan tahun ini.
MUIS menegaskan larangan itu selaras dengan langkah pengurusan selamat dikuatkuasakan kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.
Ketua Eksekutif MUIS, Esa Masood berkata, jemaah perlu menempah ruang solat seperti yang dilakukan sekarang bagi solat Jumaat dan solat lima waktu. – mediacorp