DOHA: Beberapa perkara menarik telah dipersembahkan pada malam majlis perasmian Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Al Bayt pada Ahad. Antaranya adalah alunan surah indah petikan daripada Al-Quran yang suci.
Bacaan ayat suci al-Quran itu dibacakan dengan baik oleh seorang anak muda Qatar bernama Ghanim Al-Muftah, yang khususnya membaca Surah Al-Hujurat ayat 13 semasa berdialog dengan pelakon terkenal Hollywood, Morgan Freeman dalam menyampaikan mesej perpaduan.
Jadi siapakah sebenarnya Ghanim Al-Muftah, pemuda yang membaca ayat-ayat suci al-Quran semasa majlis perasmian Piala Dunia 2022 ini?
Ghanim Al-Muftah, yang juga duta Piala Dunia 2022, merupakan motivator yang aktif berkongsi kandungan motivasi melalui saluran YouTube dan akaun media sosialnya.
سمو الأمير الوالد الغالي❤️
المصور : تميم اليافعي pic.twitter.com/S1PmMq56P2— غانم المفتاح | Ghanim Al-Muftah (@g_almuftah) November 23, 2022
Ghanim dilahirkan pada 5 Mei 2002, dengan penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Regresi Caudal (CDS). Ia adalah penyakit yang menyebabkan pesakit dilahirkan tanpa anggota bawah. Akibatnya, dia memerlukan kerusi roda untuk menjalankan aktiviti seperti insan normal yang lain.
Namun, Ghanim berjaya mengatasi keadaannya itu dan menjadikan dirinya sebagai seorang tokoh yang memberi inspirasi kepada ramai orang.
Pada usia muda, dia mencipta namanya sebagai usahawan termuda Qatar dan berjaya mengasaskan Gharissa Ice Cream, sebuah syarikat yang berpangkalan di Qatar yang mengakui mencipta pengalaman ais krim lima bintang. Dengan enam cawangan dan 60 pekerja, ia telah berkembang ke luar negara dan ke seluruh rantau Teluk.
Ghanim kini diketahui sedang melanjutkan pengajian di kolej dalam bidang sains politik dengan matlamat utama menjadi diplomat. Beliau juga terkenal sebagai seorang hafiz al-Quran.
Mashaa Allah, This is 20-year-old Qatari, Ghanim Al-Muftah.He starred alongside Morgan Freeman and recited the #Quran in the #QatarWorldCup2022 opening ceremony. Al Muftah touched the souls of many with the recitation and translation of an Aaya from the Holy Quran pic.twitter.com/I63uEY4Cmv
— Quran & Hadith (@QuranAndHadithh) November 23, 2022
Kejayaan Ghanim sememangnya tidak terlepas daripada peranan ibu bapanya, yang terus memberikan sokongan positif agar dia dapat menjalani kehidupan normal di luar kemampuannya. Di laman webnya, ghanimalmuftah.org, dikatakan ramai yang meminta ibu Ghanim menggugurkan kandungan selepas mengetahui keadaan Ghanim. Tetapi ibunya memutuskan untuk meneruskan kehamilannya dan berjanji akan sentiasa ada untuk anaknya.
Dengan bantuan keluarga, Ghanim juga telah berjaya menubuhkan Persatuan Ghanim dan menyumbangkan kerusi roda kepada ramai yang memerlukan.
Ghanim telah memenangi pelbagai anugerah berprestij pada usia yang sangat muda, termasuk Unsung Heroes from 21st Century (2009), Ambassador for Peace oleh Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah (2014), Ambassador for Humanity Brand Ambassador Qatar Financial Centre Kuasa.
Beliau juga telah dilantik sebagai Duta Kebaikan dan Kemanusiaan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Qatar untuk Aktiviti Amal (RACA) dan Duta Juara Dunia Olahraga Paralimpik 2015. Pada Piala Dunia 2022, Ghanim Al-Muftah dilantik sebagai Duta Muhibah serta duta jenama.
Ghanim berkata bahawa keterbatasannya bukan penghalang untuk melakukan banyak perkara. Katanya, dia juga ingin menyebarkan perkara positif melalui aktiviti yang dilakukannya kepada mereka di luar sana.
BACA JUGA
A’zaz berdarah… 5 terkorban & 5 cedera serangan pengganas