Semasa

Shuib Tak Malu Mula dari Iqra’

Kisah Shuib Sepahtu ingin meneliti bacaan ayat Al-Quran

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

PUNCAK ALAM : Kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah pada 9 Ogos lalu memberi tamparan yang hebat terutama untuk Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad sebagai seorang suami.

Shuib menyatakan dia kini sedang mendalami ilmu Al-Quran bermula dengan bacaan Iqra’. Tambahnya, beliau tidak berasa malu untuk mendalami ilmu bacaan Al-Quran dan berharap yang dia belum terlambat untuk memperbetulkan bacaan ayat suci bersama gurunya, pendakwah Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Saya nak belajar Al-Quran sampai cari semula buku iqra. Saya nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar iqra. Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca Al-Quran.

Sebelum ni saya ada baca al-Quran, boleh la walaupun merangkak. Tapi daripada kisah isteri saya ia jadi asbab untuk saya teliti bacaan Al-Quran.

Hari pertama baca surah Yasin secara beramai-ramai, lepas sesi zoom tu saya cuba baca sendiri.. ambil masa dekat dua jam nak habis.

Saya rasa macam.. ya Allah daifnya, bodohnya kau Shuib. Sampai saya lenguh-lenguh pinggang. Jadi saya cakap pada diri kena buat sesuatu.. kena merdekakan diri daripada buta Al-Quran.

Shuib berkata demikian ketika majlis forum anjuran Masjid Puncak Alam yang bertajuk ‘Kemerdekaan Satu Penghijrahan’ yang diadakan secara live di Facebook pada Rabu (1/9/2021) malam. Pendakwah terkenal Haslin Baharim, Abdullah Khairi dan Johari Abdul Wahab turut serta pada program tersebut.

Tambahnya lagi, dia juga akan membimbing anak-anaknya untuk menjadikan Al-Quran sebagai pegangan di dunia dan akhirat dan usahawan terkenal ini berharap agar dia kekal beristiqamah dalam mendalami Al-Quran.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button