DUBLIN: Penyanyi dari Ireland, Sinead O’Connor meninggal dunia pada usia 56 tahun dengan punca kematian yang tidak didedahkan kepada umum, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) pada Khamis.
Selepas memeluk Islam pada 2018, Allahyarhamah menukar namanya kepada Shuhada’ Sadaqat, namun terus menggunakan nama asalnya ketika membuat persembahan.
Keluarganya mengumumkan khabar duka itu dan berkata, seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarhamah berasa sedih.
O’Connor dikenali ramai dengan lagu popularnya bertajuk Nothing Compares 2 U, yang dikeluarkan pada 1990.
Sad to hear of the passing of sister Shuhada Sadaqat, also known as Sinéad O’Connor. She was a tender soul, may God, Most Merciful, grant her everlasting peace. Inna lillahi wa inna ilayhi rajioon – Verily we belong to God, and verily to Him do we return. 2:156 pic.twitter.com/arcZ3fPWK9
— Yusuf / Cat Stevens (@YusufCatStevens) July 26, 2023
Ia manjadi juara carta Billboard Hot 100 pada tahun tersebut, sekali gus membawa populariti kepada penyanyi itu di seluruh dunia.
Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar berkata, muzik yang dibawakan O’Connor digemari di seluruh dunia dan bakat yang dimiliki Allahyarhamah tidak dapat ditandingi.
Tidak hanya menumpukan pada kariernya, Allahyarhamah juga aktif dalam advokasi menentang tindakan kejam dan zalim rejim zionis terhadap umat Islam di Palestin.
“Tiada sesiapa pun yang waras, termasuk saya sendiri, pasti bersimpati terhadap nasib Palestin. Tidak ada orang yang waras di muka bumi ini yang dengan apa cara sekalipun menyokong apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa israel”, tegas Allahyarhamah Shuhada’ Sadaqat ketika hayatnya.
“Nobody with any sanity, including myself, would have anything but sympathy for the Palestinian plight. There’s not a sane person on earth who in any way sanctions what the f*** the Israeli authorities are doing.”
Rest in peace, Sinéad O’Connor pic.twitter.com/I51lMaW7Pi
— Palestine Info Center (@palinfoen) July 26, 2023