PalestinSemasa

Sheikh Dr Ekrima Said Sabri titip 5 nasihat jika bercadang ziarah Masjidil Al Aqsa

KAJANG: Imam & pendakwah Masjid Al Aqsa, Sheikh Dr.Ekrima Said Sabri menitipkan 5 nasihat kepada rakyat Malaysia yang ingin menziarahi ke Masjidil Aqsa semasa sesi dialog bersamanya pada Rabu.

Sesi dialog ini adalah kerjasama antara MyAqsa Defenders dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Ummah Hall, Wisma MAPIM Malaysia. Turut hadir adalah mantan Ketua Pengarah Kementerian Agama Turkiye (Diyanet), pimpinan Ulama Lebanon, pimpinan NGO Turkiye, pengasas dan pengerusi MyAqsa Defenders, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman serta Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr) Ahmad Sani Dato’ Abdul Alim Araby.

Sesi Dialog itu juga dihadiri oleh pimpinan NGO-NGO Malaysia yang bersatu dalam membangunkan dan menggerakkan hal pembelaan Palestina khususnya pembebasan Masjidil Al Aqsa.

Untuk makluman, Sheikh Dr. Ekrima merupakan figura penting Masjidil Al Aqsa selain merupakan Ketua Jawatankuasa Tertinggi Islam Al-Quds dan Mufti Besar Al-Aqsa dan Palestin.

Beliau menasihati rakyat Malaysia agar mereka yang ingin menziarahi Masjidil Aqsa adalah dengan pasang dan teguhkan niat ziarah dengan mengambil peluang solat di Masjidil Aqsa. Yang kedua, pastikan segala urusan penginapan dan jual beli haruslah dibuat bersama orang Arab Palestin, bukan melalui agensi israel. Pihak agensi pelancongan yang membawa rakyat Malaysia ke sana juga harus menyusun koordinasi hotel, kenderaan bersama syarikat yang jelas dimiliki oleh rakyat Palestin.

“Terdapat banyak agensi pencongan yang dimiliki oleh israel dengan menggunakan boneka Arab, Jordan dan Palestin. Kepada pemilik-pemilik syarikat ini, bertaqwa dan takutlah kepada Allah, bertaubatlah,” tegas Sheikh Dr. Ekrima menjadikan ini sebagai nasihat ke-4.

Tambahnya akhir sekali, bagi mereka yang datang menziarah haruslah niatkan ziarah sebagai hasrat serta usaha bagi memberi sokongan moral serta kekuatan untuk Masjidil Aqsa agar dibebaskan daripada terus dicerobohi oleh Yahudi.

Pengerusi MyAqsa Defenders (MyAD), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengulas mengenai isu di Tebing Barat Palestin bahawa kini terdapat kebangkitan dari orang-orang muda di Tebing Barat yang mempertahankan dan melindungi Palestin daripada kezaliman israel.

Nadir Al-Nuri, Pengerusi MyAqsa Defenders ketika berucap dalam sesi Dialog pada Rabu.

Tambahnya lagi, MyAqsa Defenders harus merancang bagi memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti bersama orang muda di luar sana bagi memberi pendedahan kepada mereka agar cakna Palestin dan juga menggumpulkan tenaga-tenaga mereka bagi membantu saudara segama kita di sana.

Sheikh Dr Ekrima Said Sabri menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersatu hati membantu rakyat Palestin di Aqsa.

Mengakhiri sesi dialog, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dan bersatu hati untuk terus membantu rakyat Palestin di Aqsa melalui NGO-NGO yang rasmi. 

“Walaupun kita berlainan ideologi atau pertubuhan NGO tetapi tujuan kita tetap satu iaitu untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas serta dizalimi penceroboh israel,” katanya.

Dengan adanya MyAqsa Defenders, seluruh rakyat Malaysia dapat berganding bahu bersama-sama membantu dan mempertahankan hak rakyat Palestin di Al-Aqsa.

Antara wakil gabungan MyAqsa Defenders

Hukum ziarah Baitul Maqdis & Masjid Al Aqsa Pada Masa Kini

Sebelum daripada ini Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi telah memberi pendapat bahawa tidak harus menziarahi Masjidil Aqsa pada masa kini. Antara yang mengajak supaya menziarahi Kota Quds adalah Menteri Waqaf Mesir.

Umat Islam sebenarnya memang TELAH DIBOLEHKAN melawat Baitulmaqdis dan menziarahi Masjid Al-Aqsa dengan syarat tidak berniat mengiktiraf kedaulatan rejim zionis.

Sidang Kemuncak Islam Sedunia 2022 di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA baru-baru ini telah menerbitkan resolusi yang antaranya penarikan balik fatwa larangan melawat Al-Aqsa.

Ia antara 24 perkara dibentangkan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Nasrudin Hassan dalam persidangan selama 3 hari disertai 150 ulama dari lebih 90 negara.

Fatwa larangan sebelum ini lebih bersifat siasah sebagai tanda penolakan penubuhan negara haram israel pada 1948 namun tidak lagi sesuai dengan suasana geopolitik semasa ketika ini.

Penarikan fatwa itu telah diputuskan oleh Muktamar Antarabangsa di Amman, Jordan pada 2014 bagi mengembalikan status sah Baitulmaqdis.

Ini berdasarkan dalil Nabi Muhammad SAW pun pernah mengerjakan umrah di Makkah pada tahun 7 Hijrah ketika kota suci tanah haram itu masih berada di bawah cengkaman musyrikin.

Para ulama dari pelbagai negara mengemukakan ‘fatawa jamaie’ untuk boleh memberi bantuan secara tersurat dan tersirat kepada Palestin tanpa mendukung cita-cita zionis.

Darul Ifta’ yang menerbitkan fatwa di Palestin juga bersetuju kerana ulama di sana lebih tahu mengenai hakikat realiti hidup umat Islam derita ditindas Israel lebih 70 tahun.

Anjuran agar melawat Al-Aqsa selain melawat Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi malahan disokong Rasulullah SAW menerusi hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Turut menyokong saranan itu adalah bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz Bas dan mantan bekas Mufti Mesir, Syeikh Ali Jum’ah di samping ramai mufti dan ulama kontemporari.

Bagaimanapun sebagaimana yang ditegaskan oleh Sheikh Dr Ekrima Said Sabri, ada beberapa syarat ditetapkan antaranya tidak mendiami hotel milik yahudi atau melancong tempat lain yang akan memberi manfaat kepada pihak zionis.

Rakyat Palestin sangat mengalu-alukan kehadiran tetamu luar ke Masjidil Aqsa malah mereka meraikannya khususnya selepas solat Jumaat asalkan kehadiran tetamu adalah dengan kaedah ‘Ziarah Ar Rosyidah’ atau lawatan dipandu yang lengkap bersyarat.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button