PalestinSemasa

Serangan israel bunuh anggota polis Palestin di Bandar Gaza

Tujuh anggota polis Palestin terbunuh dalam serangan udara israel ke atas kenderaan mereka di Bandar Gaza, kata Kementerian Dalam Negeri di kawasan itu.

Kenyataan kementerian berkata beberapa orang awam turut terbunuh dalam serangan di kawasan kejiranan al-Tuffah di timur Kota Gaza, tanpa memberikan angka yang tepat.

Kementerian itu berkata serangan udara israel menyasarkan pasukan polis dan kemudahan awam bertujuan untuk menyebarkan huru-hara di kalangan orang awam.

“Jenayah baharu ini adalah kesinambungan daripada tindakan israel tidak menghiraukan semua undang-undang antarabangsa yang mensasaran pasukan polis kerana ia adalah agensi perlindungan awam.”

Penduduk haram israel menembak mati dua rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki pada 15 April, beberapa jam selepas seorang remaja Palestin terbunuh semasa serbuan tentera.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button