DuniaSemasa

Serangan dron Syria korbankan dua komander jihad

IDLIB : Dua komander jihad terkorban dalam serangan dron di Wilayah Idlib di barat laut Syria, pada Isnin, berdasarkan laporan monitor perang.

Menurut Pemantau  Hak Asasi Manusia Syria, serangan itu dilepaskan oleh gabungan antarabangsa di bawah pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang memerangi pasukan jihad di sekitar Syria dan Iraq.

Bagaimanapun, gabungan antarabangsa menafikan serangan terbabit kepada pihak AFP.

Kata pihak pemantau, serangan itu menyasarkan sebuah kenderaan yang sedang menuju ke utara Binnish dari Idlib.

Ketua Balai Cerap Rami Abdel Rahman memberitahu AFP bahawa salah satu komander yang terbunuh adalah warga Tunisia sementara yang lain berasal dari Yaman atau Arab Saudi, tanpa mengenal pasti kumpulan mereka.

Wilayah Idlib kini  dikuasai oleh bekas sekutu Al-Qaeda Syria.

Terdahulu, pasukan jihad antara kelompok sasaran serangan gabungan Syria, Rusia dan AS.

Pada Oktober 2019, kira-kira sembilan anggota jihad terbunuh dalam serangan udara Rusia di wilayah Idlib.

Manakala, serangan AS sebulan sebelumnya membunuh sekurang-kurangnya 40 pemimpin jihad.

Sejak  2011, hampir setengah juta warga Syria terkorban dalam Perang Syria dengan tindakan keras pihak kerajaan terhadap penunjuk perasaan dan golongan anti kerajaan sehingga tercetus peperangan yang kompleks melibatkan negara luar.

AFP

Diterjemah oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button