DuniaKemanusiaanSemasaSyria

Serangan di Syria menjadi-jadi dalam tempoh seminggu ini

18 maut selepas hospital dibom di Afrin

AFRIN : Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam dua serangan berasingan di Syria semalam (12 Jun) Serangan tembakan artilleri itu  pada mulanya mensasarkan kawasan kediaman awam, sejurus kemudian hospital di Afrin menjadi mangsa bidikan peluru berpandu puak pemisah.

Agensi AFP, menyiarkan pasukan Pertahanan Awam Syria, The White Helmet yang membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa dalam kemusnahan di hospital berkenaan.

“Serangan mensasarkan beberapa bandar dan natijahnya hospital turut menjadi saaran, Kebanyakan manga yang maut adalah dari hospital. ”  Rami Abdul Rahmane / Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia untuk Syria.

Kumpulan pemantau berpengkalan di Britain itu mendakwa serangan dilancarkan dari arah utara Aleppo.

Ankara dalam pada itu mengutuk serangan berkenaan yang dipercayai angkara puak YPG-PKK bagaimanapun dinafikan PKK.

Khamis lalu,  12 maut  dalam serangan tenterarejim Assad ke kawasan puak pemisah di Idlib, salah satu daripada serangan maut yang melanggari 15 bulan gencatan senjata yang dicapai. Menurut White Helmet, pada serangan 10 Jun lalu itu seorang wanita dan anaknya adalah antara 11 yang terbunuh, enam lagi cedera.

Kumpulan pertahanan awam itu juga bergegas ke sebuah rumah menyelamatkan beberapa orang kanak-kanak yang berada dalam ketakutan akibat bunyi bedilan di sekitar perumahan mereka.

Kanak-kanak yang dibawa keluar dari rumah mereka dalam keadaan ketakutan dalam serangan di Idlib – kredit : The White Helmet
Mangsa dibawa ke hospital dalam serangan di Idlib – kredit : The White Helmet
Mangsa serangan di Idlib – kredit : The White Helmet

Konflik di Syria setakat ini telah meragut 500,000 nyawa sejak bermula tahun 2011.  Sejak tahun ini sahaja 57 maut dalam jumlah 520 serangan yang direkodkan.

*****

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut

– RM600 saham wakaf rumah pelarian

– RM500 bantuan ubat-ubatan

– RM250 bantuan food pack 1 bulan

– RM250 bantuan alat pemanas

– RM500 wakaf saham bina sekolah #40

– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM

____

2 CARA MENYUMBANG

KE DANA BANTUAN KECEMASAN

MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan  Menerusi Maybank

SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)

Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button