ANKARA : Seorang kanak-kanak maut manakala, lima lagi cedera dalam insiden letupan gas di sebuah bangunan di ibu negara Turki, hari ini.
Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca berkata dua kanak-kanak yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal selepas letupan berlaku di daerah tersebut.
Dalam satu kenyataan, Koca memberitahu lapan ambulans dihantar sejurus kejadian tersebut, lapor Daily Sabah.
Sementara itu, Gabenor Ankara, Vasip Şahin memaklumkan letupan itu berlaku berikutan gas petroleum cecair (LPG) yang terperangkap dan siasatan masih diteruskan.
Mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital bagi menerima rawatan dan pasukan penyelamat masih giat mencari lebih ramai mangsa yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Oleh Nurshazlin Shahrom