DuniaPalestinSemasa

Seorang banduan Palestin masih koma selepas dibebaskan

RAMALLAH: Pejuang kemerdekaan Palestin, Nasser Abu Hmeid, 49, ditahan di Israel berada dalam koma untuk hari ke-12 akibat radang paru-paru yang teruk, kata Suruhanjaya Banduan dan Bekas Banduan, semalam.

Abu Hmeid, 49, merupakan pelarian dari kem Amari di Ramallah, koma 12 hari lalu selepas mengalami keradangan teruk pada paru-paru akibat pencemaran bakteria.

Suruhanjaya Banduan dan Bekas Banduan, Hasan Abed Rabbo memberitahu WAFA, bahawa Abu Hmeid kekal kritikal dan terikat dengan bantuan alat pernafasan di hospital Israel Barzilai, semalam, sementara dia tidak memberi tindak balas kepada ubat.

Beliau berkata suruhanjaya itu telah membuat petisyen kepada mahkamah Israel bagi memaksa Perkhidmatan Penjara Israel memberikan mereka maklumat lanjut tentang kesihatan Abu Hmeid dan membenarkan keluarganya melawat tetapi tiada maklum balas setakat ini.

Minggu lalu, keluarga Abu Hmeid merayu kepada semua pihak yang prihatin bagi mengambil tindakan segera dan berkesan demi menyelamatkan nyawa anak mereka, serta rakyat Palestin meneruskan sokongan popular mereka bagi mendesak Israel bagi membebaskannya yang akan berdepan dengan risiko kematian.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Banduan Palestin juga telah menggesa semua hak asasi manusia dan institusi antarabangsa untuk segera campur tangan dan memberi tekanan kepada pihak berkuasa pendudukan Israel bagi membebaskan Abu Hmeid.

Suruhanjaya memberi amaran bahawa Abu Hmeid juga sedang bertarung dengan keuzuran akibat pembedahan membuang tumor barah dalam paru-paru yang dijalaninya Oktober lalu apabila pihak israel mengembalikannya ke penjara sebelum dia pulih.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

Related Articles

Back to top button