Senarai anggota Kabinet baharu Malaysia
PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai ahli jemaah kabinet baharu di bawah pimpinanya, hari ini.
Senarai Kabinet baharu ini terdiri daripada jalinan kerjasama rentas parti bertujuan untuk memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
“Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.
“Kabinet ini pelru bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik Covid-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.
Sementara itu, aktiviti ekonomi akan dibuka secara berfasa bagi membolehkan rakyat mula bekerja dan mencari nafkah dengan selamat selaras dengan hala tuju Pelan Pemullihan Negara (PPN),
“Barisan kabinet ini dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan dan merancakkan aktiviti ekonomi serta tingkatkan keyakinan pelabur.” katanya menerusi ucapan khas.
Mengulas lanjut, barisan Kabinet yang dilantik ini perlu berorientasikan tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.
Tambah beliau, Kabinet ini perlu mengambil pendekatan baharu yang lebih bersifat terbuka dengan menyantuni aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong
Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
Menteri Kewangan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I: Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II: Yamani Hafez Musa