Covid19Semasa

Sempadan negeri bakal dibuka serentak

KUALA LUMPUR : Kebenaran merentas negeri yang akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari lagi berkuat kuasa serentak di seluruh negara.

Perdana Menteri,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran serentak itu berikutan kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa 80 peratus, apabila purata vaksinasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90 peratus.

Menerusi hantaran Facebook rasmi Perdana Menteri, sebelum pintu sempadan negara dibuka, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu akan membuat penilaian risiko semasa jangkitan COVID-19 di dalam negara.

“Kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) sentiasa menambah baik SOP berkaitan perkara ini dan bermula 12 Ogos 2021, pengembara warganegara dan bukan warganegara yang telah menerima imunisasi lengkap boleh membuat permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman, namun tertakluk kepada penilaian risiko oleh pihak KKM dan pemohon masih perlu menjalani ujian saringan COVID-19.”

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersabar sementara menunggu kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus dan akan mengumumkan kebenaran rentas negeri dalam tempoh terdekat.

Oleh : Shazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button