DomestikSemasa

“Semoga hubungan silaturahim kita tidak terputus”

“Dah 20 tahun mak cik hidup seorang diri, mak cik ada empat cahaya mata, semuanya dah besar-besar tapi semuanya tinggal jauh, masing-masing buat haluan sendiri.”

Demikianlah luahan Halimah Abd Karim, 76 atau lebih mesra dipanggil Mak Tam yang kini hidup seorang diri sejak kematian suaminya.

Mak Tam kini hanya menjadikan radio sebagai peneman hidupnya dengan mendengar ceramah dan juga zikir, sebagai pengisian rohani.

Sebelum ini, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pernah membuat kunjungan ke rumah Mak Tam bagi menghulurkan bantuan, dan baru-baru ini MAPIM membuat lawatan susulan ke rumahnya bagi mengetahui keadaan terkininya.

Menurut Ketua Media MAPIM, Marina Sulaiman, mereka telah menyumbangkan kotak makanan berisi makanan asas kepada Mak Tam bagi meringankan sedikit bebannya.

“Alhamdulillah sekali lagi kita jumpa Mak Tam, kelihatan dia sangat seronok melihat kehadiran kami, kunjungan kedua ini menandakan pihak MAPIM tidak pernah lupa akan nasib penerima dan silaturahim yang terbina antara pihak kami bersama penerima bantuan tidak terputus,” katanya ketika ditemubual Ummah Today.

Dalam pada itu, Mak Tam juga pernah berkongsi tentang kejadian di mana dia terjatuh di bilik air dan terpaksa menderita sakit yang masih tidak hilang di bahagian kakinya.

MAPIM turut memberikan susu khas bagi memastikan kesihatan Mak Tam terutamanya tulang terus terjaga.

Mak Tam yang menderita penyakit kencing manis, kolestrol dan darah tinggi juga meluahkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada tim MAPIM yang sudi melawatnya lagi.

“Terima kasih MAPIM kerana tak lupakan mak cik, mak cik dah anggap kalian semua macam anak-anak mak cik dah, harap-harap hubungan silaturahim kita tidak terputus dan kekal sehingga akhir hayat mak cik,” luahnya.

Di samping itu, MAPIM juga mengambil kesempatan untuk membawa Mak Cik Halimah ke Mobile Clinic MAIWP-MAPIM bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma dan juga berjumpa doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat.


AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN SYAWAL 

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button