“Seminggu…. kereta itulah rumah kami!”
Pasangan suami isteri diberhentikan kerja ekoran Covid-19
Malangnya, rumah pusaka peninggalan mendiang ayahnya terlalu uzur untuk diduduki
“Ini rumah arwah bapa saya, jadi bila saya datang rumah sudah teruk, kami tiada duit mahu baiki jadi kami duduklah dalam kereta. Kaki pun sudah operate nak cari hotel, kami tak mampu bayar”
Keperitan hidup pasangan suami isteri itu mendapat perhatian pemimpin setempat yang akhirnya membina rumah baharu untuk mereka secara gotong royong.
Program itu dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Tualang Sekah, MIC Bahagian Kampar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah berkata, pihaknya berjaya mengumpul kira-kira RM20,000 untuk membeli barang-barang keperluan membina rumah pasangan itu.
Datuk Nolee berkata, ini merupakan satu program CSR yang dipanggilkan sebagai jiwa murni untuk membantu, pada kali ini membaik pulih sebuah rumah untuk satu pasangan keluarga daripada kategori miskin tegar.
Sementara rumah itu disiapkan, Datuk Nolee berkata pasangan tersebut tinggal sementara di rumah sewa di Taman Sejahtera berdekatan.
Seramai 32 ketua balai bomba dari seluruh negeri mula membina rumah pasangan itu sejak beberapa hari lalu bagi menyiapkannya menjelang sambutan Deepavali, pertengahan November depan.
Kisah P. Sivagamyselvan dan isteri beliau, J. Rajakumari adalah sebahagian mereka yang terkesan akibat Covid-19, ramai lagi di luar sana yang memerlukan bantuan dan sokongan.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia, mengalu-alukan sumbangan dan infaq anda ke tabung untuk mereka yang terjejas dek wabak Covid-19.
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
5622 6354 0066