DomestikSemasa

“Selepas beri anak dan ibu saya, hanya tinggal RM200 sebulan untuk saya,” luahan penerima bantuan MAPIM Malaysia

Hidup sendirian di Pulau Perhentian

Pulau Perhentian : Di bangunan Mara yang menempatkan beberapa buah perniagaan, kini sudah kurang sibuk akibat pandemik covid-19. Di situ kelihatan seorang lelaki berbaju putih, seluar hitam dan berkaca mata sedang tekun membersihkan kaki lima bangunan.

Lelaki itu bernama Mohd Anis bin Saamah, seorang pekerja kontrak yang bertanggungjawab menjaga kebersihan bangunan Mara dan turut tinggal di sebuah bilik di bangunan itu. Nama beliau tersenarai sebagai penerima bantuan dalam Misi Panggilan Pulau yang digerakkan oleh MAPIM Malaysia dengan kerjasama APM, kerajaan Negeri Terengganu dan jawatankuasa penduduk.

Ketika petugas MAPIM Malaysia menghampirinya, dia berhenti sebentar dan menyambut petugas MAPIM dengan senyuman.

Mohd Anis ini sudah berumur 45 tahun dan mempunyai tiga orang anak, 10 tahun, enam dan tiga tahun. Jodoh dengan isterinya tidak panjang dan kini dia tinggal sendirian di bangunan Mara itu.

“Gaji saya cuma seribu ringgit.”

“Cukup, bang?” soal petugas MAPIM.

“Kalau nak kira, untuk saya tiap-tiap bulan cuma tinggal 200 sahaja.”

Oleh kerana dia sekarang hidup seorang diri, makanan sudah tidak menjadi persoalan untuknya lagi. Menurutnya, “Saya kalau ada telur dengan budu pun sudah cukup.”

Wajahnya kelihatan gembira dan terharu apabila MAPIM Malaysia menghulurkan kotak bantuan makanan asas untuk beliau. Walaupun untuk sesetengah orang, kotak bantuan itu nilainya kecil, tetapi untuk Mohd Anis, nilai bantuan itu sangat besar dan ia boleh tahan untuk sebulan, mungkin lebih.

Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia,

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia

“Kes sebegini sentiasa mengingatkan kami di MAPIM, mengapa kami melakukan kerja ini. Ini adalah kerja kita semua, kerja Ummah untuk Ummah. Jadi kami akan cuba santuni semua yang memerlukan. Kami mengharapkan bantuan dan sokongan yang berterusan daripada rakyat Malaysia supaya lebih ramai yang akan dapat kami bantu.”


MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038


Related Articles

Back to top button