Semasa

Selepas 5 tahun, Permaisuri Selangor kembali ke studio berita

Bersempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-75

KUALA LUMPUR : Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman kembali bersiaran di kaca televisyen di slot Berita Perdana Khas saluran TV1, RTM jam 8 malam semalam.

Kerinduan penonton untuk mendengar kelunakan penyampaian berita Permaisuri Selangor terubat setelah kemunculan semula baginda selama 15 minit itu.

Menurut penerbit slot Berita Perdana Khas, Khairul Azli Rahim berkata, kehadiran baginda di studio berita itu membawa kegembiraan dan keterujaan buatnya kerana bagina sudi menyampaikan berita yang disunting olehnya.

Tambah Khairul Azli, ini merupakan kemunculan pertama Permaisuri Selangor setelah hampir separuh dekad tidak bersiaran sejak 31 Ogos 2016 lalu.

“Saya mewakili pihak produksi dan kru penerbitan berita RTM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian baginda meluangkan masa untuk menyampaikan berita kami hari ini, – Khairul Azli Rahim/ Penerbit

Kembalinya Tengku Permaisuri Selangor di layar televisyen mengejutkan semua penonton saluran TV1 dan rata-rata kagum dengan bakat penyampaian berita baginda yang masih berbisa.

Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang.

Oleh Pelatih Fakulti  Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button