Semasa

Buat kali pertama, wanita jadi pasukan keselamatan Masjidil Haram

Seiring dengan Visi Arab Saudi 2030

JEDDAH 21 April : Pegawai polis wanita Arab Saudi mula bertugas sebagai pengawal keselamatan di Masjidil Haram untuk pertama kalinya dalam sejarah pada musim Haji tahun ini.

Ia susulan pengumuman kerajaan pimpinan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz pada tahun lalu membenarkan wanita sertai ketenteraan dan naik pangkat dalam pasukan keselamatan untuk memartabatkan hak wanita di negara itu.

Ini selaras dengan Visi Arab Saudi 2030 untuk menaikkan taraf wanita dengan melibatkan mereka dalam pelbagai sektor yang selama ini hanya diterhadkan untuk kaum lelaki sahaja.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berusaha untuk menyokong sektor keselamatan awam dengan banyak mengkhusukan untuk ahli wanita.

Sebilangan besar wanita sertai perkhidmatan keselamatan dan latihan dalam persiapan untuk ketenteraan dan perundangan yang berkaitan dengan tugas keselamatan, selain kemahiran komputer, bahasa dan komunikasi bahasa Inggeris, forensik dan pertolongan cemas.

Penerimaan dari segi sosial dan yang paling penting sokongan berterusan dari pemerintah dapat menyaksikan sektor swasta dan awam disertai lelaki dan wanita

Mereka turut berharap pada masa akan datang dapat menyaksikan lebih banyak penglibatan wanita dalam kementerian dan perwakilan antarabangsa.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button