Covid19KesihatanSemasa

KKM hantar 11 ventilator baharu

Mesin akan diuji sebelum dihantar

KUALA LUMPUR : Sarawak akan terima lagi 11 alat ventilator baharu dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Jumaat ini.

Sebelum ini alat bantuan pernafasan yang diterima Hospital di Sarawak, model jenis Draeger Evita 4, yang pernah digunakan Hospital Sungai Buloh dilaporkan tidak berfungsi dengan baik. Pihak KKM menepis dakwaan mesin yang dihantar itu rosak disebabkan ia keluaran model lama.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Chin Zin Hing, jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak kini meningkat secara mendadak mendatangkan kegusaran bagi pihak kakitangan hospital. Justeru, kelengkapan yang lengkap untuk rawatan amat diperlukan.

“Sarawak memerlukan lebih alat ini kerana keperluan penggunaan meningkat dan apa yang ada pada ketika ini masih belum mencukupi. Namun, kita tetap cuba menangani perkara ini sebaik mungkin dan mendapatkan alat bantauan pernafasan yang lebih kerana kita tidak menjangkakan apabila berlakunya kenaikan kes.” – Dr Chin Zin Hing / Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS)

Difahamkan kesemua alat bantuan pernafasan itu akan diagihkan ke Sibu, Sarikei dan Bintulu pada Jumaat ini.

Kesemua mesin ventilator yang rosak telah dilaporkan kepada KKM untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, 11 unit ventilator itu tujuh daripada nya keluaran Sternmed dan empat lagi berjenama Weinmenn. menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM, lima unit akan dihantar ke Sibu, dua lagi unit ke Sarikei dan empatĀ  ventilator ke Bintulu.

Tambahan itu, pihak KKM menyatakan penambahan lapan unit ventilator berjenama Weinmenn yang baharu dan lapan unit ICU Patient Motor ke Hospital Sarikei. Setakat ini, tiga ventilator sudah diuji. Manakala, lima lagi masih dalam proses percubaan.

Pada Selasa (20 April 2021), pihak KKM mengesahkan kerosakan mesin sebelum ini berlaku berkemungkinan berpunca daripada proses pengangkutan peralatan tersebut ke Sarawak.

Selain itu, perkara itu boleh terjadi kerana sensor oksigen dan papan litar utama yang sangat sensitif terhadap getaran, suhu dan kelembapan semasa pengangkutan.

 

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

 

 

 

Related Articles

Back to top button