Covid19Semasa

Sehingga 16 jenazah sehari diurus, paling tinggi sejak tahun lalu

Kadar kematian meningkat dengan mendadak

BANGI:  Ahad lalu merupakan hari yang paling sibuk bagi pasukan Pengurusan Jenazah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pasukan pengurusan jenazah di bawah kedua-dua agensi itu menunaikan fardu kifayah menguruskan 16 jenazah yang telah meninggal dunia akibat COVID-19.  Jumlah itu adalah yang tertinggi bagi agensi berkenaan mengendalikan tugas sejak lebih setahun lalu.

“Ketika ini, jumlah kes positif berada pada tahap yang begitu membimbangkan. Semoga Allah memberi kesembuhan buat kita semua. Teruskan berdoa tanpa jemu agar wabak ini segera berlalu pergi,” – JAKIM

Perkara itu dikongsikan oleh JAWI dalam ciapan di laman twitter rasmi @myJAWIKL,  pada Isnin.

     

“Semalam, 16 lagi jenazah berkaitan Covid-19 telah diuruskan oleh pasukan kami. Angka tertinggi sejak pasukan kami menggalas tanggungjawab ini lebih setahun yang lalu. Semoga Allah S.W.T permudahkan urusan kita semua mengharungi pertarungan ini bersama,”- Pasukan Mengurus Jenazah JAWI

Setakat 23 Mei,  JAKIM dan JAWI sudah mengendalikan lebih daripada 363 jenazah yang meninggal akibat Covid-19 membabitkan tiga Wilayah Persekutuan itu.

Kebanyakan jenazah yang telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah adalah dibawah seliaan Jawi. – K! ONLINE

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button