
JERUSALEM: Pihak Perbandaran israel Baitul Maqdis Barat merobohkan sebuah bangunan milik Palestin di kejiranan Baitul Maqdis Timur di Beit Hanina pada pagi Isnin.
Rumah tersebut merupakan aktiviti perobohan yang kedua dijalankan oleh majlis perbandaran di Baitul Maqdis yang diduduki dan yang keempat oleh israel di wilayah yang diduduki dengan alasan pembinaan tanpa permit .
Israeli occupation bulldozers demolished a #Palestinian house under construction in the East Jerusalem neighborhood of Beit Hanina.
Credit: Wafa News Agency pic.twitter.com/bnllJeTQYf
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) November 7, 2022
Wartawan WAFA melaporkan kakitangan dari majlis perbandaran israel diiringi polis dan jentolak memecah masuk ke kawasan kejiranan Beit Hanina di utara Baitul Maqdis dan terus merobohkan rumah milik keluarga Palestin tempatan yang masih dalam peringkat pembinaan.
Kakitangan majlis perbandaran merobohkan kedai roti di luar kem pelarian Shufat, timur laut Baitul Maqdis pada awal Isnin.
Watch| Israeli occupation bulldozers demolished a Palestinian-owned house in the village of Qibya, west of Ramallah in the occupied West Bank.#EndIsraeliApartheid pic.twitter.com/yBsTBUqlTe
— Al-Jarmaq News (@Aljarmaqnetnews) November 7, 2022
Pada masa yang sama, kerajaan tentera israel merobohkan bangunan dua tingkat di perkampungan kawasan Ramallah di Qibya dan sebuah lagi rumah di timur Jericho, di Tebing Barat yang diduduki.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini