Covid19EkonomiKesihatanSemasa

Misi Ummah Bantu Ummah untuk melanjutkan harapan

MAPIM Malaysia mengambil peluang

Sabak Bernam adalah daerah Selangor yang paling hujung, bersempadan dengan negeri Perak. Ramai yang terkeliru sama ada Sabak Bernam itu termasuk dalam daerah Kuala Selangor ataupun Hulu Selangor. Yang sebenarnya Sabak Bernam itu adalah daerah yang berdiri sendiri. Daerah Sabak Bernam.

Sabak Bernam merupakan daerah yang unik. Ia sebuah kawasan pertanian yang luas. Terdiri daripada kelapa sawit, padi, kelapa, dan aktiviti perikanan juga aktif di daerah itu. Ia membuatkan landskap bumi Sabak Bernam tidak jemu mata memandang.

Semasa perjalanan ke sana kita akan melalui kawasan kelapa yang rimbun, kelapa sawit yang padat, dan kemudian melalui sungai sibuk dengan bot-bot kecil nelayan pelbagai warna, dan juga adanya pelabuhan nelayan yang berceracak tiang kapal. Semakin jauh berjalan lagi kita akan melalui pula kawasan sawah bendang luas yang berubah warna mengikut musim. Di tepi-tepi jalan pula aktviti jualan hasil laut seperti udang, ikan dan mantarang juga senang dilihat. Semua pemandangan itu memberi rasa bahawa Sabak Bernam adalah daerah yang istimewa, daerah yang berkati Tuhan.

default
default

Kemudian datang pandemik covid-19.

Segala kemudahan yang diberi Tuhan nampak seperti ditarik balik. Bukan sahaja di Sabak Bernam, malah di seluruh dunia. Tidak ada lagi aktiviti berkumpul, jual beli terhad, dan ia memberi impak kepada ekonomi.

Selama ini, rata-rata penduduk di Sabak Bernam hidup dalam keadaan yang mencukupi. Tidak mewah tetapi tidak perlu meminta-minta. Kerja sentiasa ada, bezanya sama ada rajin ataupun tidak sahaja. Dengan datangnya covid, serajin apapun tetap tidak ada kerja yang mencukupi.

Ada yang bekerja di kantin sekolah, kantin tutup. Ada yang bekerja sebagai pengawal keselamatan asrama, asrama juga ditutup, terpaksa dikurangkan. Yang sebelum ini bekerja di sawah bendang terpaksa menghadapi hakikat padi pula tidak berapa menjadi.

Nelayan juga menghadapi masalah mereka sendiri. Penutupun beberapa sektor ekonomi membuatkan kegiatan nelayan sedikit perlahan. Kos pula semakin meningkat. Yang sedikit menarik nafas lega adalah yang ada kebun kelapa sawit kerana harga kelapa sawit sedikit meningkat ketika covid-19.

Bertambah parah, kiriman wang dari anak-anak di kota kepada ibu bapa di kampung yang menjadikan ekonomi berkitar juga terhenti. Ada anak-anak yang diberhentikan kerja, wang tidak mencukupi. Ada juga ibu bapa yang tidak ada bank akaun dan mengharapkan kiriman wang tunai daripada anak-anak. Tetapi oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan, anak-anak tidak dapat pulang ke kampung bersama dengan tunai.

Pada mulanya semua terlihat tenang dan terkawal, kerana disangka covid hanya tiga bulan. Paling lama lima bulan. Selepas itu semuanya akan kembali normal termasuk keadaan ekonomi. Namun semua itu tidak menjadi seperti yang diharapkan. Pandemik kini sudah setahun. Harapan semakin pudar.

MAPIM Malaysia menyedari hakikat ini. Ini bukan sekadar berkenaan ekonomi penduduk yang semakin tenat, tetapi juga tentang harapan mereka kepada pengakhiran pandemik yang semakin kurang.

Ia berakibat bukan sahaja kepada ekonomi tetapi emosi. Atas dasar itu Misi Ummah Bantu Ummah digerakkan, hasil ilham (Dr.) Sani Araby Al Kahery, ketua aktivist kemanusiaan MAPIM Malaysia. Misi Ummah Bantu Ummah ke Sabak Bernam diketuai oleh Kapten Bersekutu (PA) Haji Muhammad Faris Bin Hussain selaku Bendahari Agung MAPIM.

Hampir 500 buah keluarga dimasukan dalam senarai penerima bantuan. Senarai itu dikumpulkan oleh wakil atau ketua tempatan, yang dibantu oleh pihak zakat dan Jabatan Kemajuan Masyarakat. Antara ciri-ciri penerima bantuana adalah golongan asnaf, ibu tunggal, dan mereka yang terkesan ekonominya akibat covid.

Bantuan yang diberikan adalah keperluan asas seperti kotak bantuan makanan, kit solat, tilam, lampin dewasa, keperluan bayi, bantal, toto, dan hyfiene box. Memang ia tidak menyelesaikan masalah mereka, tetapi ia memberikan mereka harapan untuk terus bertahan dalam keadaan pandemik covid. Ia akan memberikan sedikit kelegaan ekonomi dan emosi.

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button