InspirasiSemasa

Seawal usia 9 tahun, Noorul Syahadah kenal erti ‘memberi’

Sedekah itu bukan sahaja tanggungjawab tetapi ia juga boleh dijadikan terapi

JOHOR BAHRU : ‘Memberi lebih baik daripada menerima’ adalah ungkapan yang sudah terlalu biasa dalam masyarakat, namun, sejauh mana ia dipraktikkan dalam kalangan kita ataupun hanya sekadar ungkapan?

Buat seorang wanita yang berasal dari Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor, Noorul Syahadah Isam, erti memberi itu cukup bermakna untuk dirinya. Didikan dan contoh daripada ayahanda dan bonda telah mengajarnya makna bersedekah.

Seawal usia sembilan tahun, Syahadah mula belajar memberi. Berbekalkan wang saku sebanyak 30 sen setiap hari, Syahadah tidak ragu-ragu memberikan 10 sen kepada seorang sahabatnya yang berada dalam kesusahan. Biarpun tindakannya itu tidak dibalas dengan ucapan ‘terima kasih’, namun, tetap sahaja beliau gembira atas tindakan kecilnya itu.

“Kadang-kadang ada anak yatim yang tahu saya suka beri wang kepada pelajar tersebut, mereka minta bantuan dari saya juga. Saya tiada duit, yang saya boleh lakukan ialah, beli makanan di kantin seperti kuih karipap 2-3 keping, saya kongsiĀ  makanan saya.” – Noorul Syahadah Isam

Mengagumi sikap arwah ibunya, Hajah Maimunah Othman dan ayahnya Haji Isam Jamil, yang tidak lekang bersedekah kepada jiran tetangga membuatkan Syahadah tekad mengikuti jejak langkah orang tuanya itu. Menurutnya, apabila ayahnya membeli barangan makanan, misalnya minyak masak, ayahnya akan membeli dalam kuantiti yang banyak. Yang mana ia akan disedekahkan kepada jiran-jiran yang memerlukan.

Noorul Syahadah yang juga berprofesian sebagai seorang peguam, khidmatnya kepada masyarakat bukan sahaja berkisarkan bantuan makanan, malahan beliau turut memberikan khidmat kaunseling, membantu kos rawatan hospital dan menyelesaikan masalah yang melibatkan dokumen kelahiran.

Noorul Syahadah juga adalah adik kepada penyanyi nasyid Hijjaz, Isman Hijjaz. Itu menjadikannya lebih bersemangat dalam usaha kebajikan kerana abangnya juga terkenal dalam aktiviti kemanusiaan sama ada dalam negara ataupun luar negara. Beliau kini memberi khidmatnya tidak mengira bangsa dan agama. Beliau membantu dengan sama rata. Katanya, jika Allah mengizinkan, ada rezekinya, kalau sedikit sama dirasa.

“Saya menganggapnya satu tanggungjawab kepada masyarakat dan ummah. Kerana satu masa kita akan menghadap Allah. Setiap satu akan ditanya. Disaat kita kenyang, ada saudara mara kita yang kelaparan dan memerlukan. Ianya satu tanggungjawab.” – Noorul Syahadah Isam

Bagi meningkatkan lagi khidmat dan keupayaannya, Syahadah menyatakanĀ  beliau kini bekerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam urusan kebajikan. Kerjasama pertama beliau dan MAPIM adalah dalam menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf dalam misi Ukhwah For Ummah, pada minggu lepas. Antaranya adalah memberi sumbangan kepada seorang ibu tunggal sembilan orang anak yang tinggal di rumah kecil berbumbungkan kanvas.

Selain kerana sedekah adalah sangat dituntut dalam Islam, bersedekah juga adalah satu terapi untuknya. Melihat orang tersenyum memberikanya kebahagiaan yang sukar untuk diungkapkan. Setiap tindak tanduk yang dilakukan, beliau akan memastikan seboleh-bolehnya ia diselitkan dengan sedikit sumbangan, walaupun, ia sekecil-kecil bantuan.

Noorul Syahadah menyantuni warga emas di sekitar kawasan Johor Bahru

Dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Syahadah tetap meneruskan aktiviti kebajikan seperti biasa. Dengan sokongan kuat suami, Shaifful Bahrin Mustafa, ibu kepada tiga cahaya mata ini, giat meneruskan sumbangannya kepada ummah tanpa mengenal erti penat lelah.

Mengidolakan Baginda Rasulullah SAW dan Saidatina Siti Khadijah A.S, wanita berusia 41 tahun ini, yakin segala usaha dan urusan hidup beliau akan diberi jalan yang luas dan lancar demi kepentingan ummah.

Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka bersedekah.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ā€Ų§Ł„ŁŠŲÆ Ų§Ł„Ų¹Ł„ŁŠŲ§ Ų®ŁŠŲ± Ł…Ł† Ų§Ł„ŁŠŲÆ Ų§Ł„Ų³ŁŁ„Ł‰

ā€œTangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.ā€Ā (Riwayat al-Bukhari)

Oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom / Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran)

____________________________

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

Sumbangan boleh dibuat melalui:Ā www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun MaybankĀ TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button